akan kembali menulis selepas pulang dari Melaka...
rindu pada penulisan...
hati semakin kuat untuk meninggalkannya...
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Saturday, 8 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
Kerja dan Mimpi
Assalamualaikum wbt..
Saat ini mata belum bisa dipejam. Kantukku kutahan jua. Demi menyambung kembali penulisan yang sudah lebih kurang 2 bulan ditinggalkan. Serasa tiada lagi idea yang datang mencurah-curah. Begitu juga malam ini. Namun sebaris dua ayat itu sudah mencukupi kukira. Kata orang lama, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Hati mula gundah.. Masanya semakin dekat. Terkocoh-kocoh aku ke sana ke mari. Terkadang terlupa bahawa aku sebenarnya lelah. Namun demi mereka, kugagahkan juga. Walau tiada dalam senarai, namun pengalaman itu perlu kukutip sebanyak-banyaknya dan khidmatku diperlukan disitu. Terima kasih.
Sore tadi kumimpikan sesuatu. Dua mimpi dalam satu masa. Allahuakbar. Namun kutahu, mimpi itu hanyalah mainan tidur. Tetapi memberi kesan buatku Entah mengapa kerapkali termimpikan hal sebegitu. Umpama mempunyai kronologi kerana sebelum ini daku pernah bermimpi tentang perkara yang sama.. Hampir saja aku menangis. Kerana hanya Allah Maha Mengetahui.. Cukuplah hal ini tergantung di sini...
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar. Usah Engkau uji perasaan ini.. Amin..
noktah,
nhmy1303.
Tuesday, 4 October 2011
Monday, 3 October 2011
Hampir kutumpahkan sahaja titis air jernih ini. Kaki melangkah longlai ke kafe untuk menjamah sedikit makanan. Namun hampa. Tiada langsung makanan yang sesuai buatku. Allah. Hanya Engkau Maha Mengetahui. Saat ini baru kusedar erti kekurangan makanan di negara lain. Bersyukurlah aku kerana masih mampu untuk makan walaupun tidak seperti dahulu.. Namun, kujamah jua bihun sup walau berminyak. Lantas jari pantas menaip pesanan buat mama untuk bertanya sama ada makanan tersebut boleh dimakan atau tidak. Jawapannya adalah tidak...
Ya Allah, aku lemah saat ini. Kurangkanlah Ya Allah...Hilangkanlah segala sakit ini walau sedikit kerana aku kurang mampu untuk menanggungnya...
Mama, orang tiada daya dekat sini. Betapa orang lemah. Terima kasih atas sokongan yang mama bagi semenjak orang asma teruk. Tapi semua tu tak sama dengan apa yang orang lalui sendiri dekat sini. Doakan orang ma... =(
Sunday, 2 October 2011
rupanya akaun itu tidak hilang
cuma tersalah kata laluannya..
perlukah kembali semula?
atau membiarkan sahaja?
wahai muka buku...
kucuba untuk tidak menghadapmu kembali
kerana disitu berlaku segala sengketa...
kecewa itu masih dirasa hingga ke ulu hati..
kembali untuk seketika..
setelah hampir setahun tiada...
moga aku tidak lagi dikawal olehmu wahai muka buku...
kembali untuk seketika..
setelah hampir setahun tiada...
moga aku tidak lagi dikawal olehmu wahai muka buku...
Jam 5 Pagi
Assalamualaikum wbt..
Jam membidik 5 dan aku terjaga daripada lena.. Asma menyerang lagi! Perlahan-lahan bangun menuju ke kerusi dengan harapan aku mampu untuk kembali menyambung lenaku. Namun sebaliknya yang berlaku. Kurangnya tiada, makin bertambah. Dalam keadaan yang lemah, otak berputar ligat.
"Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? Jika hari ini adalah hari terakhirku, aku redha."
Lantas terdengar suara mama. Aku kembali lega. Maaf ma. Tiada niat untuk mengganggu waktu tidurmu.
"Nah, sapu ubat ni kat dada. Bagi kurang sikit."
Aku hanya mendengar arahan mama. Saat itu tiada apa yang mampu dilakukan. Entah mengapa semakin lama asma itu semakin kerap melanda. Mama memintaku untuk ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan apabila tanda-tanda asma kurang tidak kelihatan pagi ini.
Akhirnya, jam 5.15 pagi tadi, aku bersama abah membelah kesejukan pagi menuju ke klinik kesihatan yang berhampiran. Setibanya di sana, abah cuba menelefon pegawai perubatan. Berulang kali kulihat tangannya menekan punat berwarna hijau itu. Namun gagal untuk dihubungi. Aku juga seakan berputus asa kerana kasihan pada abah saat itu! Terasa ingin menangis semahunya kerana aku telah menyusahkan mereka. Akhirnya, abah membawaku ke rumah pegawai tersebut dan memanggilnya. Alhamdulillah syukur. Akhirnya aku mendapatkan rawatan dan keadaanku sedikit baik.
Kini, tidak tahu apa yang ingin difikirkan. Jujur aku bertambah risau untuk pulang ke rumah sewa hari ini. Bimbang andai diserang asma awal pagi pada siapa inginku meminta pertolongan? Teman serumah? Tentulah membebankan mereka. Kutekad! Kali ini pemakananku harus dijaga. Dan hambaMu ini memohon kekuatanMu Ya Rabb. Kuatkan aku dan sembuhlah segala sakit yang aku alami. Amin...
p/s:
- Maafkan orang mama abah kerana telah menyusahkan...=(
- Terketar-ketar seluruh badan saat ini..!
noktah,
nhmy1303.
Saturday, 1 October 2011
Mengesan sesuatu...
Kepala terasa ringan apabila dirumah..
Kerana ditemani adik-adik, mama dan abah..
Kepada adik-adik tempat meluah masalah...
dan dengan mereka perangai gila-gilaku terluah...
hanya mereka memahami..
Setibanya di Ipoh kelak?
Sudah pasti tekanan makin memuncak...
Namun, syukur kupunya rakan-rakan
dan juga mereka yang kuanggap seperti adik di sana..
Kini, tinggal seminggu sebelum pertandingan pantun
Namun, serasa macam tiada yang bergerak..
Moga Allah permudahkan..
Kepala terasa ringan apabila dirumah..
Kerana ditemani adik-adik, mama dan abah..
Kepada adik-adik tempat meluah masalah...
dan dengan mereka perangai gila-gilaku terluah...
hanya mereka memahami..
Setibanya di Ipoh kelak?
Sudah pasti tekanan makin memuncak...
Namun, syukur kupunya rakan-rakan
dan juga mereka yang kuanggap seperti adik di sana..
Kini, tinggal seminggu sebelum pertandingan pantun
Namun, serasa macam tiada yang bergerak..
Moga Allah permudahkan..
Catuan Makanan
Assalamualaikum wbt..
Baru pulang daripada bertemu dengan doktor petang tadi. Hampir 2 jam lamanya menunggu untuk berjumpa dengan tuan doktor. Entah mengapa begitu lama hari ini. Satu pesakit hampir setengah jam lamanya. Tidak tahu apa yang dilakukan oleh doktor itu. Akhirnya, giliran namaku dipanggil juga. Lega bukan kepalang. Usai diperiksa oleh doktor, satu perkhabaran yang memang membuatku memandang mama. Mama hanya tersenyum. Si doktor menyuruhku menulis senarai makanan yang tidak boleh saya jamah sehingga baiknya asma ini. Satu persatu senarai diberikan. Hampir terkedu dibuatnya. Pada mulanya masih tidak terasa apa-apa. Keluar daripada bilik tersebut, aku memberitahu abah. Abah hanya tersenyum dan saat itu aku masih lagi tidak terasa apa-apa. Semasa mengambil ubat, barulah aku terasa sesuatu. Ya Allah, beratnya ujian ini. Ubatnya juga sudah pelbagai. Baik air, pil dan juga beberapa jenis herba berbentuk serbuk. Sekali lagi aku terkedu sambil melihat mama.
Menyemak kembali senarai makanan yang tidak boleh dimakan. Lama berfikir. Hendak dijamah apa selepas ini? Nasi bubur? Atau sayur air sahaja? Itu tidak merisaukan aku. Namun yang paling membuatkan rasa ingin menangis apabila nasi langsung tidak boleh dimakan. Terpaksa diganti dengan nasi perang yang harganya jauh lebih mahal daripada nasi biasa. Saat itu kembali rungsing. Makanan selepas ini perlu dicatu..Semuanya demi kesihatan ini. Aku masih bersyukur dan daku mengirimkan pesanan ringkas perihal ini kepada rakan serumah dan beberapa insan untuk meminta sokongan. Syukur mereka masih ada. Terutama teman serumah yang benar-benar memahami. Moga dipermudahkan rutin makananku selepas ini..
Berikut merupakan senarai makanan yang perlu dijauhkan:
Berikut merupakan senarai makanan yang perlu dijauhkan:
- Susu lembu atau susu kambing. (syukurlah memang tak minum susu selain soya..dan syukur juga kerana soya tidak tersenarai)
- Nasi putih...(Rasa hendak menangis. Entah boleh tahan atau tidak sebab memang akan cari nasi dalam apa jua keadaan.)
- Roti putih..(Ini makanan sampingan kalau lapar atau rasa tak nak makan nasi)
- Biskut.
- Telur.
- Minuman Bergas
- Minuman berais.
- Makanan bergoreng. (T_T)
- Buah-buahan import
Berikut pula merupakan senarai makanan yang boleh dimakan :
- Beras perang (Menggantikan beras putih...Beras jenis ni memanglah mahal...)
- Minyak zaitun (gantikan minyak biasa dengan minyak zaitun..lagi rasa nak menangis!)
- Buah-buahan tempatan
- Kekacang
- Sayur-sayuran
Tuntasnya, memang boleh kurus selepas ini. Kepala rungsing kembali memikirkan hal ini. Namun, perlahan-lahan memujuk diri bahawa apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Kuyakin itu. Terima Kasih Ya Allah...
p/s:
- Terima kasih buat semua yang mendoakan. Terkejut bukan kepalang apabila menerima pesanan ringkas daripada kawan-kawan dan junior kerana mesej hanya dihantar kepada insan-insan tertentu sahaja. Moga Allah merahmati kalian.
- Ubat itu.. Bisa buat daku muntah!! Tak pernah rasa seteruk itu seumur hidup ini...Tinggal lagi 4 paket..!
- Berjayakah nak berpantang-larang ini?Wallahualam
noktah,
nhmy1303.
Serangan Demi Serangan
Assalamualaikum wbt..
Jam kini 7.21 pagi. Mata ini tidak mampu untuk dilelapkan walau terlalu letih.. Mencuba untuk tidur kembali namun tidak berjaya. Semalam sekali lagi diserang asma. Namun kali ini keadaannya cukup buruk.. Saya tidak mampu untuk tidur secara normal. Batuk dan selsema juga mengiringi. Nafas juga semakin tidak menentu.. Akhirnya membuat keputusan untuk tidur secara duduk kerana itulah cara yang terbaik. Daku hanya mampu untuk melelapkan mata sekejap sahaja yakni daku bergelut dengan kondisi yang tidak baik. Allah, saat itu hanya Dia yang mengetahui.
Kini kepala kosong. Tiada mampu untuk berfikir apa-apa. Yang difikir semoga Allah panjangkan usiaku. Andai usia muda ini daku bakal dijemputnya, aku reda.. Kerana hambaMu ini tahu Ya Allah, tidak Engkau uji aku jauh daripada tahap kemampuanku.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
- Bila mana Engkau tidak pernah merasa nikmat sihat semenjak daripada kecil hingga ke saat ini, maka bersyukurlah wahai Noor Haszwani bt Mohd Yusoff, kerana Allah sayangkan dirimu. Kerana setiap kesusahan dan titisan airmata yang telah mengalir telah dikira oleh Allah. Kerana setiap ujian sakit yang menimpamu adalah kifarah kepada dosa. Maka bertahan dan bersabarlah wahai diri selagi terdaya. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujianMu. Amin Ya Rabbal Alamin..
Subscribe to:
Posts (Atom)