Friday, 2 September 2011

"Steamboat"

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Tadi buat steamboat. Sangat seronok malam ini. Idea nak buat ni datangnya daripada abah. Petang tadi dah nampak abah sibuk beli barang nak buat "steamboat" ni.. Mula-mula ingat abah nak masak mee kari sebab bahan-bahan yang dibeli memang macam nak buat mee kari. Akhirnya masa maghrib tu baru dapat tahu abah nak buat "steamboat". Ajak makcik sekeluarga dan sangat gembira. Dan sudah semestinya sedap yang amat. Kuah steamboat ialah tomyam. Serius sangat sedap. Tak boleh lawan kedai. Memandangkan saya jenis yang cerewet bila makan dekat luar. Tomyam dekat kedai memang tak makan. Sebab rasanya memang tak boleh diterima. Perut hanya boleh terima tomyam mama dan abah.. Dekat bawah ni ada gambar masa sesi "steamboat" tadi... =)













p/s :

  • esok mak tam sekeluarga balik. giliran buat bbq! errr makan lagi... huhuhu
  • syukur padaMu Ya Allah atas nikmat kurniaan ini.
  • syukur padaMu Ya Allah atas kebahagiaan ini. Hanya Engkau Maha Mengetahui


noktah,
nhmy1303.
dalam mood membaca hikayat...
walau agak sukar untuk difahami bahasanya
tetapi rasa macam seronok..

selepas itu, tugasan menaip bermula...

Makan, Makan, Makan

makan....makan dan makan...

raya pertama 
rendang, ketupat, laksa, bihun sup, nasi himpit kuah kacang dan sebagainya berjaya masuk perut

raya kedua
lontong, nasi himpit, rendang, ketupat, laicikang udang tempura, nasi dan sebagainya

raya ketiga
nasi lemak,nasi berlauk, lontong,laicikang mee sanggul goreng dan sebagainya

raya keempat
nasi, bandung soda, dan sekejap lagi bakal menelan 'steamboat' pulak!! 
(nasib baik abah tak jadi buat nasi tomato)

GEMUK AH MACAM NI! wuwuwuwu

p/s:

  • susah bila ada abah dan mama yang memang pandai masak. (bukan memuji, tetapi ini hakikat sebenarnya)
  • balik maktab insyaAllah kurus balik... hohohoho
noktah,
nhmy1303


Tika Sinar Bahagia Menjelma


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah hari ini boleh senyum lebar sampai ke telinga. Sebabnya? Biarlah hanya saya dan Allah yang tahu kenapa. Bersyukur...Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Yakin, saat Allah titipkan ujian, Dia tidak pernah lupa untuk memberi kembali sinar bahagia itu. Saya sering memegang itu. Walau hati berkecamuk berbulan-bulan lamanya, jiwa merintih hiba, mata menitiskan jernih air, namun, Allah Maha Kaya. Setiap hambaNya yang sengsara pasti Dia kurniakan dengan pelbagai berita yang indah belaka. Berita yang kembali mendamaikan jiwa. Sekali lagi alhamdulillah..

p/s : 
  • berita apakah yang diterima? Ada orang datang masuk meminang? merisik?  =) biarlah tersimpan rapi antara saya dan Allah Taala..Buat insan itu, terima kasih atas kesabaranmu dengan sikap 'annoying' ini walau dalam diam seribu bahasa.. =)  =)
  • rindukan wanita itu. moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik belaka.

noktah,
nhmy1303.
kemalasan melanda.
tapi setiap kali rasa malas melanda 
teringat pesanan seorang rakan
kagum dengan dia

bangun wahai diri!!

Sesegar Embun Pagi

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim

Jam sudah menunjukkan 1.45 pagi. Namun mata masih segar. Sesegar embunan pagi di luar. Kala manusia sudah hanyut di bawa arus mimpi, saya gagahi jua tangan ini untuk menaip. Sekadar meluah rasa barangkali. Walau seawal jam 11 tadi sudah saya adu kan rasa mengantuk ini pada adik berulang kali, namun saat ini mata seolah tidak mahu pejam. Entah mengapa. Terlalu banyak perkara yang difikir. Masih berbaki dua hari sahaja lagi sebelum memulakan sesi kuliah Isnin ini. Tidak tahu bagaimanakah situasinya kali ini. Mungkin lain barangkali. Adakah lebih bersemangat atau sebaliknya? Tidak mahu lagi peristiwa semester lepas berulang di mana saya seolah hilang arah tujuan. Moga semester kali ini lebih lancar perjalanannya. 

Usah difikir lagi akan hal itu. Biarkan ia pergi ditiup angin malam. Semoga tidak kembali pada esok paginya. Moga kali ini Allah berikan pelangi dan matahari yang mampu menyinari hati dan hidup ini. Usah difikir lagi. Pandang ke hadapan kerana terlalu ramai yang masih setia membantumu dalam apa jua keadaan. Tidak Allah turunkan bencana tanpa menghadiahkan kembali rasa gembira. Ya, saya sudah kecapi hal itu sekarang. Sampai bila nak melayan perasaan tu kan? Tak berbaloi rasanya. Saya punya Allah....Allah yang akan mengubat segalanya...insyaAllah.. =)

p/s: 
  • jangan menceritakan perkara yang tidak betul pada orang lain sebab Allah akan tunjukkan kembali kesalahan itu. (peringatan untuk saya!)
  • jangan kata anda tidak melakukan itu ini jika hakikat sebenarnya kamu lakukan hal sedemikian. Allah sayangkan manusia yang teraniaya kan? =) sama-sama kita muhasabah diri.
  • selamat belayar wahai diri. semoga mimpi indah... =)

noktah,
nhmy1303.


Raya,Raya,Raya


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ini merupakan 4 Syawal. Masa berputar begitu ligat. Sedar tak sedar sudah 4 hari kita di bulan Syawal. Saya mengambil peluang ini untuk menceritakan sedikit perjalanan raya saya sepanjang 4 hari ini.

Sehari sebelum raya
  • Sibuk mengemas rumah bersama adik-adik. Sementara abah dan mama menyediakan juadah hari raya seperti rendang, ketupat palas dan sebagainya. Tahun ini kurang meriah kerana tiada kek buah dan kek mentega yang selalu abah buat kerana 'oven' rosak. Jadi hanya kek span yang berjaya dibuat oleh mama. Tahun ini juga tiada rendang daging pedas yang selalu dimasak oleh abah kerana mama tak boleh makan pedas. Jadi semua hidangan dimasak mengikut selera mama. Tetapi sedapnya bukan kepalang. =)  Sebak juga sehari sebelum raya tiada kakak bersama.


1 Syawal
  • Bangun awal pagi. Selepas solat Subuh tiba-tiba diserang asma dan batuk-batuk. Kronik juga. Mama tak bagi ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Jadi tahun ini terlepas untuk menunaikan solat sunat. Tak mengapa. Mungkin tiada rezeki. Sementara keseorangan di rumah, saya berehat seketika untuk mengurangkan asma. Selepas itu mengemas rumah, makan dan berehat kembali sehingga mama, abah dan adik-adik pulang dari masjid. Kemudian, rumah dikunjungi oleh makcik sekeluarga. Meriah seketika dan sempat untuk bersembang itu ini. Rumah bertambah meriah apabila didatangi budak-budak yang rajin berjalan untuk mengumpul duit raya barangkali. Saya seronok melayan karenah mereka. 
  • Ke rumah makcik yang tinggal di sebelah rumah sahaja. Kira kunjungan balas. Seronok. Kalau dekat rumah makcik mesti tertunggu-tunggu sup tulang, rendang ayam dan ketupat palas. Semua itu merupakan hidangan wajib dekat rumah makcik. Makan-makan lagi dan hepi. Oh, sebelum terlupa, sempat mengadakan sesi bergambar. Sedih sebab dalam gambar tiada gambar kakak. 
  • Selepas solat Zuhur, bergegas ke Parit Buntar untuk menziarahi tok sebelah mama. Tak ramai saudara mara yang balik kerana masing-masing ada hal. Yang ada hanya Anye dan keluarga, Mak Ngah dan Makcik. Makan-makan lagi dan bersembang. Kemudian berehat sekejap kerana terlalu penat. Petangnya selepas Asar ke rumah Mak Lang dan terus pulang ke rumah. Masuk rumah ada tetamu datang dan abah yang tiba awal di rumah melayan terlebih dahulu tetamu tersebut.
  • Malamnya, hanya berehat dan menunggu mama pulang bersama kakak dan abang ipar. Menonton televisyen dan akhirnya tidur kerana kepenatan.


2 Syawal
  • Hari ini macam-macam mama dengan abah masak. Ada lontong, kari kepala ikan, rendang ayam, rendang daging, sup ekor, udang goreng tepung, laici kang dan lain-lain lagi masakan sampingan. Meriah. Pagi didatangi rakan-rakan, duduk bersembang( sangat lama tak duduk bersembang ramai-ramai). Kemudian ke rumah rakan untuk beraya dan pulang ke rumah kerana sepupu datang. Hari ni orang tak putus-putus datang. Jujur, saya terlalu penat namun digagahkan juga diri. 
  • Malamnya, tidak banyak perkara yang dilakukan. Makan, solat, berehat, menonton televisyen dan tidur.


3 Syawal
  • Tiada banyak perkara yang dilakukan. Tahniah buat adik abang Fahmee yang telah akad nikah pagi tadi.
  • Makan, makan dan makan.. (hohoho)

p/s: 

  • dikejutkan dengan berita yang mengejutkan. Sedih yang teramat. Namun, Allah telah gantikan kesedihan itu dengan sesuatu.
  • tenang selepas menceritakan masalah. terima kasih Ya Allah atas kehadiran insan itu.  
  • tugasan kerja kursus masih belum dibuat..
  • dah tak mampu nak menangis...

Thursday, 1 September 2011

Kisah Kasih

Assalamualaikum wbt..


Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, rindu pada anak murid membuak-buak. Moga mereka berada dalam keadaan yang baik sahaja. Alhamdulillah praktikum fasa dua selama dua bulan telah pun berjaya ditamatkan di Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, Ipoh. Terlalu banyak kenangan yang telah diukir disekolah tersebut. Suka duka semuanya berkumpul bersama. Namun, memoir itu biarlah tersimpan kemas di dalam sanubari ini.

Hanya kiriman doa dari jauh semoga mereka berjaya andai tidak berpeluang untuk menziarahi lagi. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan. Maaf andai ilmu yang telah disampaikan tidak seberapa. Moga aku lebih menjadi manusia yang lebih amanah memikul tanggungjawab selepas ini. Ampuni aku Ya Allah..Gambar di bawah menceritakan segalanya... =)

noktah,
nhmy1303.















mereka semua memujuk untuk ke shah alam
16hb tu cuti..
waahhh macam ada peluang sahaja
haruslah pergi sebab kenduri kat Temerloh tak berkesempatan...

Allah Maha Mengetahui
=)

Terima Kasih


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim

terima kasih atas semua kebahagiaan untuk hari ini
terima kasih buat teman-teman (za, awin, kasma dan anisa)..kenangan kembali
terima kasih buat saudara mara
terima kasih buat ibu bapa, kakak dan adik-adik
terima kasih buat anak-anak kecil
terima kasih Ya Allah...

hati terubat kembali walau sedikit sahaja...tetapi itu sudah mencukupi..

p/s : hikayat oh hikayat!

noktah,
nhmy1303.