Wednesday, 24 August 2011

Semusim Bersama Seabad Terasa...

Bertahun kita bersama 
Satu cita-cita
Menuntut ilmu bekalan jiwa
Segala onak dan duri sama ditempuhi
Menuju redha Ilahi

Setiap pertemuan ada perpisahan
Demikianlah lumrahnya alam
Tiada yang dapat lari ketentuan Ilahi
Segala tertulis sejak azali

Sekarang masa berpisah kenangan pahit indah
Tentu terpahat disanubari
Maafkan silap dan salah 
Kita insan yang lemah
Yang kuasa hanya Rabbul Izzati

Doakan kebahagiaan 
Ditetapkan iman
Buat menempuh semua cabaran
Mudah-mudahan semua ditentukan syurga
Bahagia mendapat restu yang Esa

Kita bertemu kerana Allah
Kita berpisah juga atas ketentuan Allah
Membawa haluan atas dasar takdir Allah
Semoga segalanya selamat dengan izin Allah

noktah,
nhmy1303


Salam Perantauan Buat Amalina @ In =)


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam perantauan kutuju khas buat insan yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati

AMALINA @ IN 

yang berada di UK sana. 

dengan ucapan, 

KAK WANI RINDU ANDA...
(serius!!!)

=)

p/s: sebelum dicerap oleh guru pembimbing untuk terakhir kali.

noktah,
nhmy1303.

Tuesday, 23 August 2011

Allah Menggantikan Kembali Sesuatu Yang Telah Pergi


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Seminggu yang terlalu banyak dengan ujian.. Sudah sekian lama nikmat sihat ini ditarik Allah Taala. Saya redha. Dan sepanjang tempoh seminggu ini juga terlalu banyak dugaan yang menimpa. Di luar nampak kegoyahannya. Namun di dalam, saya tenang menerima semua ini. Alhamdulillah. Itu yang mampu diungkap.

Apabila Allah menarik sesuatu nikmat, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Dan siapa sangka akan hal-hal yang berlaku. Namun, jauh di sudut hati, terdapat banyak perkara yang  saya langsung tidak layak. Entah pada siapa ingin mengadu.. Hati ini gusar memikirkan banyak perkara. Entah masa hadapan apa yang bakal berlaku. Semoga Allah melindungi saya pada perkara yang tidak sepatutnya. Amin...

noktah,
nhmy1303. 

Jika Terakhir Buatku-Saujana

Jika Terakhir Buatku
Saujana


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba





noktah,
nhmy1303

Debaran Semakin Terasa


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..



menanti dengan penuh debaran, 
10 minit pertama, jantung berdegup kencang, 
10 minit kedua, jantung berdegup lebih pantas....
akhirnya yang ditunggu tidak tiba..
esok kena kembali bersedia... 
permudahkan Ya Allah.




noktah,
nhmy1303.

Monday, 22 August 2011

Perihal Adik(s), Kakak dan Mama Abah


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ashwa, bye-bye"

Terkedu apabila dia berkata demikian. Lantas saya membalas

"Bye, nak balik dah. Gonna miss you"

Itulah perkataan rindu pertama kuungkap buat adik-adik. Tiga kali saya mengulang perkataan "Gonna miss you". Mereka terkejut dan akhirnya sama-sama ketawa. Bahagia bertandang saat itu. Pulangnya ke rumah kali ini membawa 1000 makna. Setelah saya diuji dengan pelbagai perkara. Hati penat melayan duka, Allah berikan sesuatu.

Terima kasih buat adik-adik. Kokni sayang kalian bertiga.
Terima kasih buat kakak. Orang sayang anda sangat-sangat.
Terima kasih buat mama abah. Kasih dan cinta ini tiada taranya.

BAHAGIA. Terima kasih kerana sudi bertandang ke dalam keluarga kami.
Ya Allah, terima kasih atas semua ini.
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih....
Alhamdulillah...


noktah,
nhmy1303.


Sunday, 21 August 2011

Senarai semak kerja :

  • Fail Praktikum-lengkapkan
  • RPH - tinggal lagi beberapa hari sebelum praktikum melabuhkan tirai
  • Mesyuarat AMT (harus dilakukan dalam minggu ini juga sebelum raya)
  • BIG - lawatan penanda aras (sejurus selepas raya : Khamis)
  • Lawatan ke Terengganu - (17 September 2011)
  • Kerja kursus- (3 sahaja namun masih belum disentuh)
  • Cerpen baru - mana drafnya wani?? 

Lailatul Qadar


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan Nur Kareem semakin melabuhkan tirainya. Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malan terakhir ini. 

Ya Allah, andai tiada lagi Ramadhan untukku tahun berikutnya, maka apakah hambaMu ini berpeluang untuk bertemu dengan Lailatul Qadar itu? 


Siti Aisyah R.A ingin sangat untuk bertemu dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada Nabi "Bilakah berlaku malam Qadar?"


Nabi bertanya kepada Aisyah semula, "Apakah akan kamu buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?"


Aisyah menjawab "Saya tidak tahu." Kemudian Aisyah bertanya lagi "Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?"


Nabi berkata kepada Aisyah "Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya."

Aisyah bertanya lagi "Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?"


Nabi S.A.W menjawab "Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah, 'Allahumma innaka 'afu wun tuhibbul 'afwa fa' fu' anni." 
(Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku) [Hadis Riwayat at-Tirmidzi]


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahu banyak perkara namun kali ini ingin berdiam diri sahaja. Penat menjadi seperti dahulu kala.
Hikmahnya kejadian itu terlalu besar.
Sesungguhnya saya manusia yang tidak kisah tentang apa yang bakal keluar daripada mulut mereka.
Sama ada baik atau sebaliknya.
=)

noktah,
nhmy1303

Saturday, 20 August 2011

Bilakah Akan Berkurangan?


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bertarung dengan sesuatu..! Sesungguhnya aku semakin tidak mampu.
Pernafasan ini semakin tidak normal seperti biasa.
Batuk ini bagaikan tidak mahu berhenti.
Penat, Lemah, Lesu.
Ampuniku Ya Allah
DemiMu, aku tiada daya untuk menahan lagi sakit ini.


noktah,
nhmy1303.