Tuesday, 9 August 2011

Thank You Cikgu....


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah selesai diselia oleh pensyarah pembimbing Bahasa Melayu tadi. Hari ini badan seakan lemah. Saya sememangnya redha dengan sesi pengajaran hari ini. Namun, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah Taala. Ada perkhabaran gembira daripada pensyarah. Namun, saya tidak mampu untuk ke arah itu. Tidak layak rasanya. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih anak-anak murid semua. Cikgu terhutang budi dengan kamu.

Tadi, sebelum keluar dari kelas, saya didatangi seorang anak murid perempuan. Berkaca mata, putih dan halus kulitnya. Husna nama diberi. Secantik orangnya dan juga merupakan murid yang pintar dan baik. Tidak banyak karenah di dalam kelas. Murid itu yang pertama sekali datang dan bersalam dengan saya apabila tamat sesi pengajaran di dalam kelas. Jauh di sudut hati, saya benar-benar terharu dengan tindakannya. Dia telah memberikan saya bungkusan beg bewarna biru. Cantik! Saya telah membukanya semasa pensyarah menyelia rakan sepraktikum saya. Yang paling menyentuh perasaan, bukan hadiah yang diberikan, namun pada sepucuk surat yang saya tahu ianya lahir dari hatinya yang sememangnya ikhlas itu. 

Thank You Cikgu....

Terima kasih cikgu kerana mengajar saya.
Cikgu memberi kasih sayang yang banyak.
Minta maaf cikgu kalau saya ada buat salah dekat cikgu.
Surat yang cikgu baca mengingatkan sayan tentang nenek saya yang telah meninggal dua tahun yang lepas.
Saya berjanji cikgu saya akan kekalkan kedudukan saya untuk mendapat nombor 1.
Baru-baru ini, saya telah mendapat nombor 1 dan mendapat 5A.
Ini semua atas kasih sayang yang cikgu bagi selama ini.
Cikgu saya bercita-cita untuk menjadi seorang penulis buku. Jadi cikgu, sila tunjuk ajar. 
Saya ingin sekali membuat sebuah novel. 
Dari kecil lagi saya ingin menulis novel yang bertajuk 'Titisan Racun". Ianya sebuah buku yang berkenaan 5 penyiasat terhebat.
Harap cikgu jangan bagi tahu perkara ini kepada kawan-kawan saya. Saya doakan cikgu semoga menjadi seorang cikgu yang terhebat.
Cikgu doakan saya supaya berjaya mencapai cita-cita saya ini.

Terima Kasih.....

Daripada : Nurul Husna bt. Mohd Ghazali (4Z)
Kepada : Cikgu ********
=)

Usai membaca surat itu, perlahan-lahan saya menangis.Perasaan itu bercampur baur. Sebak, hiba dan pilu. Siapa sangka, anak kecil itu mempunyai impian yang hebat. Saya mendoakan agar dia mencapai apa yang telah dia impikan. Terima kasih Husna...Doakan cikgu mampu berjaya juga. 

Terima kasih Ya Allah atas semua ini.....
Terima kasih mama abah atas kekuatan itu.....
Terima kasih adik atas doa yang tak pernah putus dari jauh.....
Terima kasih semuanya.....


noktah,
nhmy1303.

Sunday, 7 August 2011

Sabar


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mengetahui sesuatu perkara yang saya sendiri tidak jangka. Allah, bulan puasa ini getus hatiku.. Sabar ini terlalu banyak memainkan peranannya walau terkadang kecewa. Biarlah... Saya redha kali ini. Terasa berat saat berfikir kembali. 


noktah,
nhmy1303

Nasyeed...


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Blog sudah diletakkan dengan lagu-lagu nasyid kesukaan. Sebenarnya banyak lagi lagu hendak diletakkan. Namun apabila berfikir kembali, kalau banyak sangat tentunya berat. Jadi hanya memilih beberapa lagu yang sukan didengar.

Namun, masih tidak dapat bertemu dengan lagu Nowseeheart-Berjalan, Melihat dan Mentafsir di ruangan youtube. Sedikit hampa sebenarnya. Tapi tidak mengapa.. Dengar secara mp3 pun dah ok.. =)


noktah,
nhmy1303

Puasa 7


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, dalam sedar atau tidak sudah masuk hari ketujuh berpuasa. Semoga Allah permudahkan urusan hamba-hambaNya yang berpuasa serta berlumba-lumba mengejar amal ibadat sempena bulan puasa ini. 

Puasa kali ini membawa banyak makna. Walau jauh disudut hati, saya terlebih dahulu dijemput rasa pilu, namun Alhamdulillah balasan kebaikan adalah selepas itu. Syukur pada Allah SWT. Dikurniakan manusia yang sentiasa disekeliling saya.

Usah biarkan hambaMu ini lalai walau sesaat Ya Allah...

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah….” Al-Baqarah 2:185.


noktah,
nhmy1303.


Saturday, 6 August 2011

Ramadhan Bulan Hidayah


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." - [al-Baqarah: 183]
Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah S.W.T, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Ramadhan Bukan Hanya Menahan Lapar & Dahaga
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.
Taqwa Dan Hidayah
Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah S.W.T. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.
Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.
Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah S.W.T. Dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Tunjukilah kami jalan yang lurus.." [al-Fatihah, ayat 6]
Memohon Hidayah Berkali-Kali Sehari
Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah S.W.T berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah S.W.T. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. 
"(Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." [Surah al-Fatihah, ayat 7]
Siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah S.W.T :
"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.." [Surah an-Nisa', ayat 69]
Semarakkan Ramadhan Dengan al-Quran
Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya.
Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah S.W.T untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah S.W.T dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah S.W.T.
Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya.
Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di Akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah S.W.T. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah S.W.T kelak.
Apabila al-Quran Diketepikan
Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup.
Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union, ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam.
Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah.
Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.
Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.
Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.
Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibu bapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-Allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.
Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.

sumber : ILUVISLAM

Kerana Akak Sayang Kalian

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Perlahan-lahan ingin pergi. Namun terlalu banyak perancangan untuk mereka. Entah sampai atau tidak hajat yang telah dirancang setahun yang lalu. Seringkali aku sebak usai solat memikirkan kelapan-lapan mereka..Sebak ini sering kusimpan sendiri. Hanya aku dan Dia Yang Maha Mengetahui. Usah ditanya mengapa seringkali memikirkan tentang mereka..Terkadang melebihi pemikiran tentang adik-adik sendiri di rumah..

Ya Allah. Sungguh aku tiada lagi daya menahan rasa sebak ini.. Kuatkanlah hati ini Ya Allah. Hanya Engkau Maha Mengetahui. Lindungi mereka dan rahmati setiap perjalanan mereka. Hanya Engkau Mengetahui rasa kasih ini. Tiada daya aku untuk semua ini. Namun, andai inilah jalannya, maka berilah aku ketabahan yang tidak berbelah bahagi, kerana mengenali mereka merupakan satu anugerah yang tidak pernah ternilai. 

*kerana akak sayangkan kalian.....................namun sayang itu tidak akan pernah diungkap secara fizikal mahupun lisan..


noktah,
nhmy1303.

Usah Gentar

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Diri ini tidak pernah gentar andai dibenci manusia.
Cuma takut pada kebencian Maha Pencipta..
Redha pada setiap ujian dan dugaan
Kerana kuyakin, 
pada setiap kesusahan ini,
kelak ada pembalasan yang manis...

p/s: seringkali aku begini...bagaimanakah Ya Allah?

Rasa Yang Bersisa

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Cebisan rasa-rasa itu masih tersimpan jauh dilubuk hati. .
Tergumam aku pada rasa yang tidak pergi
Seringkali aku dalam ruang dilema
Ya Rabbi,
bagaimana ingin diusir perihal itu?
segalanya telah kutinggalkan
demi mencari redhaMu.

Ya Rabbul Izzati,
hati ini ikhlaskah?
seringkali ada bisikan-bisikan halus
yang aku sendiri tidak pasti.

Ya Allah.....
bantulah hambaMu ini...

Tidak Layakkah Aku?

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Jumaat yang syahdu... Tatkala dahi sujud bertemu Sang Pencipta, hati direnggut rasa sayu.. Hari ini entah mengapa pagi itu serba tidak kena. Saat kaki melangkah keluar dari kelas, pelbagai persoalan datang menerjah fikiran dan sekali lagi... Ampuni hambaMu ini Ya Rabb. Terasa semakin tidak layak.

Ya Allah, tunjukkanlah hambaMu ini kebenarannya.. Amin.

noktah,
nhmy1303

Friday, 5 August 2011

Harga Setitis Airmata

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah, andai tiada lagi titisan airmata ini buatMu,
Maka janganlah engkau bazirkan airmata ini buat manusia.
Jangan Engkau murahkan nilai airmata ini pada perkara yang tidak sepatutnya Ya Allah
Kerana aku hanya ingin menangis kerana mengenangkan segala dosa-dosaku
amin..

noktah,
nhmy1303