Sunday, 24 July 2011

Cantik Itu Subjektif

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang yang cantik , kalau pakai apa pun cantik sahaja kan? 
Tapi orang yang tidak cantik macam saya? 
Moga iman itu menjadi pakaian saya walaupun saya memang tidak cantik..
=) =)


noktah,
nhmy1303

Mulakan Dengan Niatmu

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


“Tiap-tiap kerja itu dimulakan dengan niat yang baik. 
Jika baik niatnya, maka lancarlah kerjanya, 
Jika buruk niatnya, maka hancurlah seluruh isi kerjanya” 

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ،
وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى،
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ،
وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا
فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ


Noktah,
nhmy1303

Adik

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


" Ok terima kasih dik..."

Adik... Terlalu lama rasanya perkataan adik itu tidak didengari. Ada getarnya apabila seorang guru wanita memanggilku begitu tadi. Kalau dirumah, perkataan itu digunakan oleh kakak untuk memanggilku. Terasa rindu kian mencengkam. Namun dia tidak tahu. Kakak, saya rindu kamu..!

Ya Allah, lindungilah insan itu. Sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya. Lindungilah juga kandungannya yang bakal lahir ke duniaMu dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Rahmatilah setiap perjalanan hidupnya dan berilah kebahagiaan kepada keluarganya. Lindungilah dia dalam apa jua keadaan. Amin.

Noktah,
nhmy1303

TESL Course

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


HE supposed to be in tesl course? but its all about fate right? 
Because Allah decide the journey of people life...
Just be thankful...
=)


Pen Off,
nhmy1303

Karya Itu

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Menulis cerpen memang kerja merapu. Tapi ada mesej dan motif, dia menjadi satu cereka 
(cerita rekaan)"
M. Fakhai MD

Ternyata kata-kata di atas ini ada benarnya. Saya cuba mendalami maksud kata-kata ini. Terkedu sebentar. Saya seringkali tidak yakin pada diri sendiri. Sering merasa takut dan lemah. Namun, saya kuatkan tekad kerana bila lagi hendak meluahkan apa yang tersimpan dalam hati? Orang yang gemar bermain dengan kata-kata ini sebenarnya hatinya cukup halus. Kerana lahirnya butir-butir bicara ini adalah daripada hati dan lahirnya penulisan itu juga daripada hati. 

Usai menghantar sebuah cerpen karya imaginasi minda yang tidak seberapa. Hanya menunggu disunting dan dikemaskini. Syukur satu beban telah hilang. Benarlah, apabila kita mula leka menulis, kita akan menjadi ketagih untuk menulis lagi dan idea akan datang mencurah-curah. Namun, sakitnya apabila tiba satu saat fikiran seolah-olah kosong. Tiada sebarang aksara bermain di ruang legar kepala. Ah! Masalah besar buat sang penulis! Dan masalah besar juga apabila tidak tahu kronologi cerita. Ayat di tengah cerita sepatutnya menjadi ayat permulaan, ayat akhir sepatutnya menjadi pertengahan cerita. Gasaklah masa itu!! Itu yang saya alami. Tetapi, itulah pengalaman. Bermula daripada susah, akan menjadi senang. Moga dipermudahkan urusan yang lain nanti..


p/s: Tak sabar hendak membaca karya rakan-rakan yang lain... Kita di bawah satu bumbung yang sama. Moga tinta itu memberi manfaat kepada seluruh manusia yang membacanya. Amin..

" Kerana setitis tinta itu mampu mengubah manusia sejagat"


Noktah,
nhmy1303

Saturday, 23 July 2011

Hati Ini Kecewa

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Diluar sentiasa ceria, ditemani tawa ria. Namun, dalamannya? Hati menangis hiba, seiring dengan ketawa ria. Hanya itu caranya yang mampu saya lakukan untuk menyembunyikan gejolak dalam jiwa.  Biar tiada siapa yang tahu. Jujur saat ini saya sedang kecewa pada sebuah perkara. Teramat. Namun, apalah daya saya dan siapalah saya. Rasa kecewa ini hanya mampu diluahkan pada yang mengetahui akan halnya. Saya mengaku saya tidak sebaik mana. Cuma bila melibatkah hal ini, saya menjadi sensitif. Saya tahu, mungkin hal ini akan berbalik kembali kepada saya. Entah apa yang dilakukan ini adalah bisikan syaitan ke sudut hati saya kerana kecewa itu benar-benar menyelubungi seluruh hati saya.

Kali ini, jujur saya ingin senyap sahaja.. Bukan tanda protes atau apa, cuma kerana rasa kecewa, lantas saya ingin mendiamkan diri sahaja. Biar Allah yang menilai kerana siapa saya untuk menilai semuanya.. Ampuni hambaMu ini Ya Allah...

Noktah,
nhmy1303.

Friday, 22 July 2011

Sebiru LangitMu...

Sebiru LangitMu..
Yang Menyinar..
Apa Yang di Jiwaku..

Seindah Suria..
Yang Memancar..
Apa Yang di Jiwaku..

Begitulah Bila Hamba..
Merindu Penciptanya...
Begitulah Bila Hamba..
Merindu Penciptanya....

Wednesday, 20 July 2011

Penat Seharian

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah selesai diselia oleh pensyarah untuk pertama kali bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan penyeliaan kali kedua oleh guru pembimbing matapelajaran Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, saya masih tidak berpuas hati terutama bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani. Terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan saya akui akan hal itu sebelum mengajar lagi. Bimbangkan penulisan RPH PJ yang secara keseluruhannya tidak sama seperti RPH BM. Semalam bersengkang mata menyiapkan 3 RPH sekaligus. Terasa seperti ingin berputus asa semalam. Namun, saya kuatkan hati. 

7.20 am: 
Tiba di perkarangan sekolah. Kaki melangkah ke bilik guru meletak barang. Rakan seperjuangan mengajak untuk melihat alatan bagi permainan bandminton yang akan diajar oleh saya dan dia. 

7.45 am:
Bergegas untuk masuk ke kelas darjah 4 untuk matapelajaran BM dan diselia oleh guru pembimbing. Keseluruhannya ada peningkatan. Alhamdulillah. Cuma masih perlukan lagi penambahbaikan. Masih mencuba. Sesi pengajaran berjalan dengan baik dan objektif pengajaran secara keseluruhannya tercapai (Alhamdulillah)

8.45 am
Kelas BM tamat. Namun sedikit lewat dan bergegas turun ke bawah untuk mengajar PJ. Semasa di gelanggang badminton, jantung berdegup kencang dan teramat cuak rasanya. Namun redha dengan apa yang bakal berlaku kelak. Sepanjang proses pnp, kawalah kelas kurang baik. Suara perlahan (entah bagaimana lagi hendak dikuatkan suara ini). Arahan yang diberikan kurang sampai kepada murid dan beberapa lagi kelemahan yang sememangnya perlu diperbaiki. 

9.45 am
Tamat kelas PJ. Lewat 5 minit ke kelas darjah 4 yang seterusnya. Murid-murid dah bising. Memberikan lembaran kerja untuk disiapkan sementara saya terpaksa meninggalkan kelas untuk berjumpa kembali dengan pensyarah. Pensyarah tidak sempat untuk memberikan ulasan dan menyuruh saya dan rakan saya berjumpa dengannya di IPG.

10.45-1.05 pm
Waktu senggang. Diisi dengan mengemaskini kembali buku RPH dan menulis refleksi. Didatangi oleh guru pembimbing yang memberikan komen mengenai sesi pengajaran pagi tadi. Penat menguasai diri. Batuk bagaikan tiada henti. 

1.05-3.00 pm
Contact Time! Baru nak cabut lari balik awal memandangkan keadaan yang sangat tidak mengizinkan. Namun, menunggu hingga mesyuarat tamat. Sampai di rumah terasa seperti hendak pitam..Betapa penatnya badan saat itu.

3.30 pm
Bertolak ke IPG untuk bertemu pensyarah. Diberi kejutan apabila pensyarah belanja makan durian. Alhamdulillah rezeki. Dah lama kempunan durian. Terima kasih encik dan pensyarah-pensyarah lain di Jabatan PJ. Moga kalian dimurahkan rezeki. 

5.00 pm
Pulang ke rumah sewa dalam keadaan lesu. Tak boleh nak lelapkan mata langsung!! Solat dan bersiap untuk ke rumah jiran dan menempah beberapa helai telekung sebagai hadiah. 

7.30-8.30pm
Berada di Giant untuk membeli barangan keperluan dan makan malam.. Selepas selesai segala urusan, kembali pulang ke Bercham.

11.50pm
Selesai menyiapkan RPH untuk esok pagi. Moga dipermudahkan...

p/s: catatan untuk hari ini.

Noktah,
nhmy1303


Tuesday, 19 July 2011

Baik Luar Dalam, Semoga Sekata

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia yang baik itu tidak selamanya kekal baik
Manusia yang jahat itu tidak selamanya kekal jahat

Kata-kata diatas saya pegang kukuh. Kerana saya tahu, dalam sekelip mata, nikmat kebaikan yang ada pada manusia itu bisa ditarik pada bila-bila masa sahaja. Allah Maha Mengetahui apa yang terlintas di hati manusia baik dan buruk. Manusia itu terkadang tidak mampu mentafsirkan kebaikan manusia lain. Manusia yang nampak baik pada luarannya tidak semestinya bersih dalamannya. Manusia yang luarannya nampak tidak sedap dipandang mata, luarannya suci dan murni. 

Seringkali diuji dengan kehadiran manusia sebegitu. Namun kini bersyukur kerana dikelilingi dengan manusia yang luar dalamnya insyaAllah baik. Namun usah dilupa bahawa manusia itu tidak ada yang sempurna. Saya juga begitu. Tidak sempurna pada banyak perkara. Masih mencuba menjadi manusia yang baik. Luar dalamnya kerana saya tidak baik.. Semoga sekata dan sama rata. Amin.


Bilamana aku dikelilingi dengan manusia yang baik-baik, aku juga berharap agar aku dapat menjadi sebaik mereka. Kerana aku terkadang cemburu pada kebaikan yang ada pada mereka.
 Dapatkah menjadi seperti mereka?

Noktah,
nhmy1303

Monday, 18 July 2011

Peringatan Buatku

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah...

Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah...

Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah...

Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t....

Agar tunduk disaat yang lain angkuh...

Agar teguh disaat yang lain runtuh...

Agar tegar disaat yang lain terlempar...



"sekudus peringatan
secarik pengharapan"
Noktah,
nhmy1303.