Monday, 18 July 2011

Bilakah Bicara Ini Bisa Berakhir?

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila berlaku perkara sebegini, lantas diri ingin menjadi diam kembali. Tanpa banyak bicara yang bisa menghancurkan banyak jiwa manusia. Tak mampu untuk berfikir dengan rasional lagi. Entah.... Benarlah kata-kata, diam itu lebih baik daripada berbicara. Telah dikaji hal ini semenjak semester lepas. Semester yang banyak mengajar diri tentang banyak perkara. Betapa banyak hati yang perlu dijaga hingga hati sendiri terpaksa terkorban tanpa sebarang penyembuhan sejak semester lalu. 

Ingin sahaja diam seribu bahasa. Bertutur hanya pada perkara yang mustahak sahaja. Ya Allah...ampuni hambaMu ini.. Dalam kegelapan malam ini aku memohon. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Aku serik pada kejadian yang lalu..Bantulah diri ini Ya Allah...amin..

Noktah,
nhmy1303...

Sunday, 17 July 2011

Terasa

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Masih tahu diri ini siapa...
Masih kenal jalan redhaNya...
Masih punya rasa yang sama...
Masih takut pada perulangan dosa...

Ya Allah, dalam kerendahan hati, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.Tentang setiap langkah perjalanan hidup ini. Aku sedar akan dosa yang menggunung tinggi. Aku tahu akan dosa yang makin memakan  diri. Lantas, rasa ingin kembali itu ada, namun langkah perlaksanaan itu bagaimana? Tidak tahu pada titik mana harusku mula. Pada titik mana harusku akhirinya. Iman terkadang naik, terkadang sama dan terkadang menjunam jatuh ke bawah.. Hanya padaMu aku mengadu wahai Tuhan yang bisa membolak-balikkan hati ini.

Friday, 15 July 2011

Kebuntuan Hati

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai mengajar kelas Tahun 4. Saat kaki melangkah keluar dari kelas itu, hati terasa begitu sayu. Apakah yang telah berlaku? Berlegar-legar di kotak fikiran saya tentang sesi pengajaran sebentar tadi. Kurang berjaya pendekatannya. Objektif tidak tercapai. Lain yang dirancang, lain pula yang diajar. Saya menjadi serba salah. Terasa sebuah beban betul-betul jatuh terkena di kepala. Lantas kaki melangkah longlai menuju ke bilik guru. Berfikir.Sangat banyak kali ini. Seraya beristighfar kerana tidak menjalankan amanah dengan baik. Masa masih bersisa 6 minggu. Entah apa yang akan berlaku dalam tempoh masa itu. Terlalu lama rasanya. Bimbang mengajar anak orang salah ilmu, salah konsep dan salah semuanya. Allah... dan kali ini terlupa menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri mereka!!! Apa yang telah berlaku kali ini diri? Dosa kian menimbun, adakah hendak menambah lagi dengan cara begini? Ya Allah......ampuni hambaMu ini...

noktah,
nhmy1303 

Hikmah Imam Malik Bin Anas

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكل ما وافق الكتاب والسنة فخذوه وكل ما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه

“Aku hanyalah seorang manusia, terkadang benar dan salah. Maka, telitilah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan al-Quran dan sunnah nabi, maka ambillah. Dan jika tidak sesuai dengan keduanya, maka tinggalkanlah.” (Jami’ Bayan al-’Ilmi wa Fadhlih 2/32)

hak milik: google

Karnival Nasyid Kembali

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah lama menantikan pertandingan nasyid ini. Saya telah mencari mengenai pertandingan ini awal tahun ini dengan harapan saya dapat mengikutinya. Lantas mendapat maklumat mengenai I-CON 11 anjuran IPG Kampus Ilmu Khas. Gembira bukan kepalang. Namun tahu kekangan praktikum yang menghimpit. Tersangat berharap agar dapat turut serta kerana saya memang gemarkan nasyid. Sudah terlepas banyak persembahan nasyid kerana lokasinya terlalu jauh dari  rumah. Sekadar menonton kembali di Youtube atau mendengar di corong radio sahaja. Sadis bunyinya. Kali ini terlalu mengharapkan untuk jasad ini berada di sana. Mungkin kali terakhir sebelum habis belajar tahun hadapan. Perkenankan doa ini Ya Allah... Terlalu berharap, namun terkadang harapan itu sukar untuk menjadi kenyataan.


layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini.

Noktah,
nhmy1303.

Thursday, 14 July 2011

Day 5

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Day 5
How much I hope,
this will end SOON...

courtesy of : google image

Wednesday, 13 July 2011

Hasrat Hati

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tenang. Itu yang mampu digambarkan. Hari ini merupakan hari pertama. Hanya di sekolah saya mampu untuk melakukannya. Telah saya sampaikan hasrat hati saya kepada rakan dan meminjam daripadanya. Allah hanya Dia Mengetahui betapa saya merasa lebih selamat. Percubaan itu berjaya. Cuma yang saya bimbangkan akan lahirnya perasaan lain dalam hati. Ya Allah. Minta dijauhkan. Ingin terus-terusan istiqamah.. Bila dah istiqamah, perangai pun harus diubah. Selaras dengan perkara yang saya lakukan itu.. Ingin mencubanya di IPG, namun niat itu harus dilupakan kerana tidak punya kekuatan. Namun, masa akan menentukan kelak. Mudah-mudahan.. Amin.. =)

noktah,
nhmy1303.

Perjalanan Semalam

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Perihal semalam. Berjumpa doktor kerana demam masih belum kebah. Suara hilang sedikit-sedikit. Dan saat jumpa doktor sudah tahu bahawa duit juga akan melayang. Pasrah saja kerana memang akan berlaku begitu. Pulang dari klinik singgah ke Tesco. Membeli keperluan untuk praktikum. Melayang lagi duit di situ. Singgah ke kedai buku. Mata tertancap pada majalah PC edisi Julai. Namun sudah dikhatam seminggu yang lalu. Membelek-belek lagi. Namun tiada yang berkenan di hati melainkan majalah Laman Impiana. Teringat pada abah. Hendak dibeli atau tidak? Kemungkinan abah sudah mendapatkan edisi terbaru itu. Lupakan  niat itu.  Telefon mama dan bersembang itu ini. Terubat rindu. Saya tahu ada sesuatu yang menganggu fikirannya kerana kes kemalangan hari Sabtu yang lalu. Allah, beri kekuatan kepada mama abah.. Amin..


Perjalanan hidup ini sesungguhnya indah jika kita sendiri pandai untuk mencorakkannya. 
Namun, usah dilupa, semuanya aturan Allah Taala.
=)

Noktah,
nhmy1303.

Menggarap tinta, Meluah rasa

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

LAGU Nowseeheart bertajuk Keluarga Bahagia itu kuputar berulang kali.  Biar didengar berkali-kali, namun telinga ini tidak pernah jemu. Terasa bait-bait liriknya memberi seribu makna buat pelajar sepertiku ini. Sementelah tidak, keluarga jauh dari mata. Yang ada hanyalah sebuah keluarga yang dibina atas rantaian ukhuwah di Institut Pendidikan Guru ini. Berlegar-legar wajah mama, abah dan juga adik tersayang..


Sampai Syurga... Menggarap tinta. Meluah rasa

*Tidak ditulis secara keseluruhannya di blog ini. Sekadar mukadimah pada tugasan yang perlu di siapkan sebelum tibanya cuti Aidilfitri nanti. Moga dipermudahkan...Amin.

noktah,
nhmy1303.

Tuesday, 12 July 2011

Perihal Cinta

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


hakmilik : google


Ketika mereka memuja cinta manusia,
aku hanya ingin memuja cintaMu,
Dalam setiap hela nafasku,
Dalam setiap butir bicaraku,
Dalam setiap derapan langkahku
dan 
Dalam setiap tingkah lakuku
kerana
aku lebih yakin akan cintaMu yang tidak pernah palsu
Sebagaimana cinta manusia yang akan kekal layu..