Sunday, 12 June 2011

Amarahmu....

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


hakmilik : google

Kurangkan amarahmu wahai diri
kerana semakin banyak marah
maka makin maraklah api neraka!
Sabar, sabar dalam semua hal
kerana sabar itu jalan kepada ketenangan...



pen off,
nhmy1303

Rasa Rindu...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...



RINDU itu mesti
kerana ianya fitrah insani
Namun, kali ini lempiaskanlah rindu ini
hanya pada Illahi
bukan lagi menyimpan rasa rindu buat 
insan yang sering menjadi igauan hati.


pen off,
nhmy1303

Kembang dan Layu...


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia itu akan kembali kepada cinta Allah yang Hakiki, 
Setelah mereka hilang cinta manusia yang tak pernah kekal lama
Umpama bunga yang berkembang di siang hari
Indah dan menawan hati
Lantas apabila layu dan mati
Maka hilanglah segala seri


pen off,
nhmy1303

Kerana Allah Itu Mengetahui...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Ketika kamu lemah saat bersendirian
kembalilah kepada TuhanMu 
Yang Maha Mendengar setiap butir bicaramu
Yang Maha Mengetahui setiap luluh lukanya hatimu
Yang Maha Melihat setiap titis jernih airmatamu
Yang Maha Penyayang mendengar luahanmu..
Yang Maha Pengasih yang sudi menerima kembali taubatmu.


pen off,
nhmy1303 

Wanita Solehah

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...



" Dunia adalah perhiasan 
dan seindah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Itu perkataan yang berlegar-legar di benak fikiran saya seminggu ini.. Untuk menjadi wanita solehah bukanlah perkara yang mudah..Kerana wanita yang solehah sukar untuk dicari umpama mencari berlian di dalam kaca. Sukar untuk disentuh apatah lagi ditemui. Dibibirnya tidak pernah menyebut nama lelaki, dan dibibir lelaki juga tidak pernah terlintas namanya. 

Kata-kata seseorang telah membuatkan saya berfikir panjang.. Mampukah untuk menjadi wanita solehah seperti yang diimpi-impikan? Wallahualam. Hanya Allah Yang Mengetahui. Namun, perubahan itu bermula pada diri.. Sama-sama berdoa semoga mampu menjadi wanita solehah yang mempunyai akhlak dan sifat yang terpuji.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi Shalallahu ‘alaihiwassalam ditanya:’Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab:

ayat41.jpg

(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, mentaati (suami)-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’” (HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani). 

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Moga ada manfaatnya buat diri dan juga semua....Sama-sama muhasabah diri..

Pen off,
nhmy

Di Dada Langit Illahi...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...



Kata Imam Al-Gahzali
"Memandang langit ada 10 macam KEUNTUNGAN
1) Mengurangkan pelbagai keinginan
2) Meminimumkan perasaan gelisah 
3) Menghilangkan rasa takut
4) Meningatkan diri pada Allah
5) Menimbulkan rasa keagungan Allah
6) Menghilangkan fikiran kotor
7) Bermanfaat bagi orang kesedihan
8) Menghiburkan orang yang rindu kepada Allah
9) Manjakan orang yang sedang bercinta Fillah
10) Cara dikabulkan doa bagi yang berdoa kepada Allah

sekadar perkongsian
ambilllah sedikit masa untuk merenung ke dada langit
boleh jadi kamu akan merasa tenang
dan 
saat mendongak ke langit
jangan lupa tanah yang dipijak


pen off,
nhmy1303

Mati Itu Pasti...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dunia ini ibarat penjara
dan akhirat tempat pembebasan yang kekal abadi
kita manusia semua bakal kembali
kepada Pemilik Yang Hakiki

Semua manusia akan merasi kematian.. Tak kira dimana, bagaimana dan bila. Dan saya juga akan menemui dengan ajal saya. Namun masanya saya tidak tahu. Mungkin selepas saya menulis ini.. Kerana Allah itu telah catatkan saat kematian hamba-hambaNya...Dan saat itu saya sudah tidak bisa melakukan apa-apa..semua bakal terhenti dan yang akan dibawa hanyalah sedekah, ilmu yang berguna dan doa anak yang soleh sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu:"
1) Sedekah yang berterusan
2)Ilmu Yang berguna
3) Doa anak yang Soleh


pen off,
nhmy1303
 

Serangan Demi Serangan

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Saat ini saya diserang asthma...entah mengapa serangan itu semakin kerap bertandang.Lalu minda mula memikirkan perkara yang negatif. Adakah ini pengakhiran umurku di dunia? Entah mengapa saya memikirkan senegatif itu. Mujur ianya hanya hadir di angin lalu tanpa perlu saya memikirkan tentangnya selalu. Namun Allah Maha Mengetahui. Batukku kini bukan batuk yang biasa macam dahulu. Kerana kali ini akan disertai dengan asma sekali. Allah, hambaMu yang hina ini redha, andai sakit yang dulu kembali bertandang ke ruang lingkup hidup ini. Andai sakit ini datang adalah peringatan kepadaku supaya berhenti daripada melakukan dosa, hambaMu ini sudi dan menerima dengan hati terbuka. Kerana terlalu banyak dosa yang mengalir dalam badan ini Ya Allah..

Ampuniku Ya Allah.. Sungguh hambaMu ini insan yang lemah dan hina...

" Tuhanku, aku tidak layak, untuk syurgaMu, namun tak pula, aku sanggup ke nerakaMu"

pen off,
nhmy1303

Saturday, 11 June 2011

Showcase Amal Shuhada At-Taqwa...

Assalamualaikum wbt..

bismillahirrahmanirrahim...

11 Jun 2011.. Sudah lama menantikan tarikh ini. Sejak mendapat tahu mengenai Showcase ini di salah sebuah laman web tempoh hari. Hati diragut rasa pilu kerana memang tak dapat pergi ke showcase berkenaan. Showcase anjuran Munsyeed ini adalah untuk mengumpul dana bersempena kejadian tanah runtuh di rumah Anak Yatim At-Taqwa di Hulu Langat Mei lalu.. Saya terkedu dan menangis saat menatap gambar penghuni2 rumah tersebut yang saat melihat gambar berkenaan hati terasa tenang. Saya yakin mereka adalah ahli syurga..Allah..Betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah. Walau tragedi itu berlaku dengan begitu tragis sekali namun Allah telah janjikan sesuatu nikmat yang lebih baik buat mereka di sana iaitu Syurga Yang Kekal Abadi. 

Jadi tak nak berceloteh panjang. Menunggu siaran langsung showcase berkenaan di Radio IluvIslam atau Nasyid FM. Tak dapat turut serta pun tak mengapa, doa dikirim dari jauh..Buat mereka yang berdekatan bolehlah sama-sama hadir untuk memeriahkan showcase berkenaan. Berhibur sambil beramal.. Moga showcase itu berlangsung dengan jayanya.. mudah-mudahan.

*hakmilik fb: munsyeed corner..

pen off,
nhmy1303

Gambar Saya, Kamu dan Kita Semua...


kamu..
ya kamu..
tahukah?
begitu banyak yang ingin aku katakan padamu..
betapa begitu banyak yang aku tahu namun tak pernah aku sampaikan pada kamu.
betapa begitu banyak yang ingin aku tegur, namun tak pernah aku suarakan pada kamu.
begitu banyak perkara yang terlalu lama aku simpan. aku pendam. aku diamkan.
kamu..
ya kamu..
tahukah?
betapa kamu sangat indah dimataku.
betapa aku sangat mengagumi mu.
betapa aku sangat menyayangi mu.
namun tahukah kamu?
bila kamu mengupload gambar-gambar mu di facebook,
aku sedih,
sedih kerana tak mampu menghalang..
sedih kerana tak mampu melarang…
aku jadi cemburu..
bukan cemburu kerana tidak ada lelaki yang mengenaliku.
bukan cemburu kerana melihat bilangan like dan komen2 pada pose2 manja fotomu..
bukan..
bukan..
jangan salah anggap rasa sedihku.
jangan salah tafsir rasa cemburuku.
aku sedih melihat kamu begitu.
mempamer diri dikhalayak ramai.
memperlihatkan keindahan dan kecantikkanmu pada yang tak punya hak.
tahukah?
apa rasanya, melihat rakan-rakan mengupload gambar-gambar mereka di facebook?
betapa sangat menguris hati, melihat tingkah mereka.
betapa sangat ‘heart breaking’nya hanya diam dan tak mampu menegur mereka.
bukan tiada nota yang dishare menghurai panjang lebar tentang hukumnya,
bukan tiada status yang mengingatkan dan yang melarang.
namun segalanya bagai angin lalu…
sahabat,
mengapa begitu?
mengapa mengabaikan teguran?
mengapa tak mengendahkan peringatan?
mengapa tega, membuat tak endah?
mengapa sanggup menafikan rasa bersalah?
saya tahu,
sedikit sebanyak kamu terasa.
saya tahu,
sedikit sebanyak rasa bersalah, rasa berdosa,
itu pasti hadir dalam jiwamu,
pasti terselit dalam kalbumu.
pasti ada..
saya yakin,
hati kamu belum keras seperti batu.
belum tertutup rapat..
saya yakin,
dan saya harap, saya doakan suatu hari nanti,
kamu akan sedar…
sumber : tumblr
Alhamdulillah...terjumpa kata2 ini. dan saya teringat pesan seseorang.. perihal gambar sendiri..usah diletak dimana-mana pun di ceruk ruang maya ini kerana akibatnya terlalu besar.dan pesanan itu akan saya ingat sampai bila-bila. dan kesannya hingga sekarang apabila hendak meletakkan gambar saya sering dilanda ketakutan dan rasa bersalah. terima kasih buatnya..itu juga salah satu sebab kenapa facebook ditinggalkan untuk sekian lamanya..Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Rabb..

pen off,
nhmy