Thursday, 4 August 2011

SInar Bahagia

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Bahagia bila jadi begini. Jujur. Tenang dan damai.. Harap berkekalan. Namun... Hanya mampu pasrah sahaja. Ingin mencuba namun kerapkali ada perkara yang tidak diduga menjelma. Sabar dengan semuanya itu kunci utama. 

=)

noktah,
nhmy1303

Tarikh Keramat Itu

Assalamualaikum wbt..


Bismillahirrahmanirrahim...

"Tinggalkanlah segalanya andai perkara itu membuat semua orang gembira. 
Walau hati menangis hiba, namun demi bahagianya mereka, itulah jalan yang paling baik.."


4 Disember 2010 - 8 bulan sudah...
3 Ogos 2011- Tarikh keramat. Moga istiqamah sebagaimana tarikh di atas...

noktah,
nhmy1303.

Wednesday, 3 August 2011

Menangislah Wahai Saudaraku


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Tangisan adalah suatu fitrah bagi setiap makhluk bergelar manusia. Sejak dari awal kelahirannya, hinggalah ke akhir hayat setiap manusia, pasti tangisan akan menghiasi kamar hidupnya. Banyak punca yang menyebabkan air mata berlinangan namun berapa ramaikah dari kita yang tangisnya adalah kerana takutnya ia akan Allah S.W.T? Berapa ramaikah dari kita yang menangis akibat menghitung setiap inci dosa dan noda yang telah kita lakukan?
Wahai saudaraku, ketahuilah olehmu bahawa tangisan yang jatuh ke bumi kerana takutkan Allah membawa makna bahawa kita termasuk dalam golongan orang yang beriman kepada Allah sebagaimana firman Allah S.W.T.
"Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah al-Imran : 175)
Wahai saudara yang kukasihi, menangis kerana Allah akan mengangkat martabat diri hingga termasuk dalam golongan penghuni Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Bahkan darjat juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :
"Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga" (Surah Ar-Rahman : 46)
Seorang Khalifah yang agung di muka bumi Allah ini tidak pernah asing dengan tangis dan hiba saat meratapi akan segala dosanya kepada al-Ghafur. Lihat sahaja mereka yang dekat dengan Tuhan sekalian alam seperti kekasih Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat R.A, para tabi'in dan tabi'tabi'in , semuanya bercucuran air mata kerana takutnya mereka kepada Allah.
Rasulullah S.A.W sendiri menangis kerana takutkan Allah. Seorang Nabi dan kekasih Allah yang dijanjikan Syurga dan maksum. Pernah suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W duduk bersama-sama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menoleh pandangannya ke arah sekumpulan manusia seraya bersabda " Apakah yang sedang mereka lakukan?" Salah seorang dari sahabat menjawab, "Mereka sedang menggali kubur untuk mengebumikan seorang yang telah meninggal dunia."
Sebaik mendengar jawapan itu, Baginda berganjak dari tempat duduknya dan berjalan pantas mendahului para sahabatnya. Akhirnya baginda tiba di tanah perkuburan itu dan mencangkung berhampiran kubur tersebut. Para sahabat mengambil tempat di hadapan Baginda Rasulullah agar dapat melihat apa yang akan dilakukan oleh Baginda. Mereka melihat Rasulullah S.A.W menangis sehingga air mata menitis ke pipinya kemudian berkata kepada sahabat, "Wahai saudara-saudaraku, kalian harus mempersiapkan diri untuk menghadapi peristiwa seperti hari ini (kematian)." Bagitulah ketakutan Kekasih Allah yang mulia. Bagaimanakah dengan kita sebagai umatnya?
Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita di dalam Syurga-Nya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran. 
Ubay bin Ka'ab berkata, "Kalian harus memegang ajaran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan termasuk orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringat seksaan Allah, namun dia tidak menitiskan air mata kerana takut kepada seksa-Nya. Maka orang seperti ini akan bersama-sama api neraka untuk selama-lamanya."
Orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringatkan Allah, maka pasti akan ketakutan dan bergetar jantungnya kerana takut pada siksaan al-Muntaqim. Dosa-dosa orang seperti ini akan berguguran seperti mana gugurnya daun-daun dari pohon yang ditiup angin.
Hisablah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita? Bilakah kali terakhir pipi dibasahi dengan linangan air mata keinsafan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa.
Menangislah, Wahai Saudaraku...
sumber : ILUVISLAM


noktah,
nhmy1303

Bilik 1, Nombor 284

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahuakbar!! ujian datang bertimpa-timpa. Kali ini perlu untuk saya mendengar nasihat mereka. Petang tadi kereta junior melungsur laju ke Hospital Bainun. Masuk ke dalam bertanya kepada seorang jururawat katanya " Ini untuk wad kecemasan. Kalau nak buat pemeriksaan kena pergi Klinik Kesihatan Greentown". Oh fahamlah saya dan junior itu. 

Setibanya di dalam klinik kesihatan itu. Kaki terus melangkah ke kaunter menunggu giliran. 284 bilik bernombor 1 itu laluan keramatnya. Selesai diperiksa oleh doktor, beliau menyuruh saya ke bilik ECG dan radiology untuk dibuat X-ray. Apakah itu ECG? Mohon untuk dicari sendiri.=)

Tersangat ketar kepala lutut apabila terlalu banyak prosedur. Hampir menangis saat itu. Usai urine test, saya terus ke bilik radiologi untuk membuat X-ray. Sekali lagi hampir menangis. Redha pada keputusan X-ray itu. Usai X-ray, kaki longlai menuju ke bilik doktor itu kembali untuk mengetahui keputusannya.

Apabila doktor memberitahu keputusannya. Saya tenang walau jawapannya kurang memuaskan.

" Ada sedikit jangkitan kuman pada bahagian paru-paru". 

Tak menangis atau jatuh tersungkur saat itu. Redha walau jangkitan itu adalah sedikit sahaja namun jauh disudut hati bimbang teramat sangat..

Kuatkan hambaMu ini Ya Allah....

p/s: terima kasih atas nasihat.. bakal mengingati segala kekurangan diri.

noktah,
nhmy1303

Tuesday, 2 August 2011

2 Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

2 Ramadhan dan hari ini merupakan kali kelima saya tidak ke sekolah. Jujur dalam hati tersimpan perasaan takut. Namun seperti tahu perlu menambah masa lagi seminggu untuk menjalani praktikum nanti. Saya redha sahaja.

Semalam. Mata ini tidak mampu untuk dilelapkan. Kerja yang siap jam 2.30 rupanya diiringi dengan sakit dada yang teramat sangat. Dan kesannya, semalam langsung tidak boleh tidur. Hanya mampu baring dan berfikir mungkin inilah ramadhan saya yang terakhir sehingga ternampak datangnya malaikat maut untuk mencabut nyawa ini. Allahuakbar!! Tidak tahu pada siapa ingin mengadu perihal ini. Jujur, saya perlukan mama. Namun, selama mana hendak membebankan mama dengan sakit yang berlarutan ini? Tiada lagi air jernih yang nak mengalir. Terlalu buntu rasanya dan hampir berputus asa kali ini.

Ya Allah...bantulah hambaMu ini.. Moga kegembiraan yang manusia sekelilingku lihat mampu menutup segala perit dan derita yang aku alami ini. Amin..

noktah,
nhmy1303 

Bagaimanakah Ya Allah? =(

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mustahil perkara ini akan sampai ke pengetahuan kelapan-lapan mereka termasuk insan itu...
Semoga Engkau sentiasa melindungi mereka Ya Allah..
Hanya Engkau tahu rasa yang telah kupendam sejak setahun yang lalu
dan rasa itu tidak akan pernah berubah sampai bila-bila.
walau saya terlalu banyak melakukan kesalahan terhadap mereka....
Moga saya kuat kali ini...
Panggilan keramat kak wani itu akan sentiasa kukuh tersemat dalam hati..
terima kasih kalian.....
Saya semat segalanya sampai bila-bila..


(bagaimanakah harus saya menghadapi saat itu? saat di mana saya bakal menamatkan zaman belajar? sungguh saya tidak mampu Ya Allah)

noktah,
nhmy1303

Hebatnya Mereka

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dikelilingi insan yang hebat-hebat. Dalam diam saya kagumi mereka. Perlahan-lahan mereka menjadi sumber kekuatan. 

Namun, masalahnya, saya tidak mampu untuk menjadi sehebat mereka. Tidak sama sekali kerana saya tahu tahap kemampuan sana di mana. Saya tahu tahap kekuatan saya ada atau tiada.

Terlalu kerdil diri ini Ya Allah.. Tidak ada perkara yang lebih baik melainkan terus-terusan bersama golongan ini supaya saya juga terkena tempiasnya walaupun hanya 1 peratus sahaja. Terus-terusan bersama golongan ini supaya saya tidak lalai dengan nikmat dunia. Terus-terusan bersama golongan ini supaya saya sentiasa dapat memuhasabahkan diri sepanjang masa..

Mereka mendewasakan saya!! Mereka banyak menyedarkan saya....terima kasih Ya Allah. Moga mereka sentiasa dilindungi olehMu..amin

noktah,
nhmy1303 

Monday, 1 August 2011

Solat Malam

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...



hakmilik : google image

"Sesiapa bangun (untuk beribadah) pada malam-malam Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

noktah,
nhmy1303

Mama dan Emak

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Hati ini sebak. Teramat. Seperti ramadhan2 yang lalu. Ramadhan kali ini tanpa mama, abah, kakak dan adik-adik disisi. Yang ada hanyalah mereka teman seperjuangan yang tidak pernah jemu melayan karenah saya. Terima kasih yang tak terhingga. Buat rakan sepraktikum, maaf sering menyusahkan anda dengan kesihatan yang tidak menentu ini. Tiada niat untuk menyusahkan anda. Mohon maaf segala kekurangan. 

Rindukan mama. Semalam dan hari ini hampir menangis. Yakni terlalu ingin bersama solat terawih bersama mama. Semalam dan hari ini juga hati sebak. Sebelah kanan dan kiri diapit oleh makcik-makcik yang belum saya kenal kerana masih baru ditempat tersebut. Namun hati tersentuh sangat-sangat. Teringatkan mama dan emaknya. Entah kenapa kedua-dua insan itu kerapkali saya rindu. Walau insan bergelar emak itu belum pernah saya ketemu. Namun, terasa seolah dia seringkali datang menyapa rasa rindu. Terkadang saya menangis kerana mama dan terkadang saya juga turut menangis kerana emaknya.  Moga kedua insan ini berada dalam rahmat dan lindungan Allah.

Kepada mama, moga dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja. Saya tahu betapa deritanya mama selama ini..Namun hanya doa mampu dikirimkan. 

Kepada emaknya, moga sentiasa sihat hendaknya.. Hanya doa juga yang mampu dikirim..


noktah,
nhmy1303 

1 Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

1 Ramadhan yang dilalui dengan sukar. Pagi ini kesihatan saya kembali tidak menentu. Merasakan semua itu sejak malam semalam ketika solat terawih.. 4 kali tidak ke sekolah menjadikan saya kembali bingung. Andai perlu diulang kembali praktikum kali ini, saya redha. 

Dan, mama tidak perlu tahu akan hal ini. Perihal anaknya yang diuji dengan ujian sakit. Segala ubat-ubat telah saya cuba. Namun kesannya tiada. Kali ini saya perlu berpantang daripada banyak perkara terutama ais atau kesihatan ini akan semakin terjejas..

Doakan yang terbaik buat saya.. Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan!.. Sesungguhnya aku ingin menjalani kehidupan di bulan Ramadhan ini dengan baik. Perkenankan doa ini Ya Rabb.. Amin.

noktah,
nhmy1303