Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Hati ini sebak. Teramat. Seperti ramadhan2 yang lalu. Ramadhan kali ini tanpa mama, abah, kakak dan adik-adik disisi. Yang ada hanyalah mereka teman seperjuangan yang tidak pernah jemu melayan karenah saya. Terima kasih yang tak terhingga. Buat rakan sepraktikum, maaf sering menyusahkan anda dengan kesihatan yang tidak menentu ini. Tiada niat untuk menyusahkan anda. Mohon maaf segala kekurangan.
Rindukan mama. Semalam dan hari ini hampir menangis. Yakni terlalu ingin bersama solat terawih bersama mama. Semalam dan hari ini juga hati sebak. Sebelah kanan dan kiri diapit oleh makcik-makcik yang belum saya kenal kerana masih baru ditempat tersebut. Namun hati tersentuh sangat-sangat. Teringatkan mama dan emaknya. Entah kenapa kedua-dua insan itu kerapkali saya rindu. Walau insan bergelar emak itu belum pernah saya ketemu. Namun, terasa seolah dia seringkali datang menyapa rasa rindu. Terkadang saya menangis kerana mama dan terkadang saya juga turut menangis kerana emaknya. Moga kedua insan ini berada dalam rahmat dan lindungan Allah.
Kepada mama, moga dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja. Saya tahu betapa deritanya mama selama ini..Namun hanya doa mampu dikirimkan.
Kepada emaknya, moga sentiasa sihat hendaknya.. Hanya doa juga yang mampu dikirim..
noktah,
nhmy1303
No comments:
Post a Comment