Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
2 Ramadhan dan hari ini merupakan kali kelima saya tidak ke sekolah. Jujur dalam hati tersimpan perasaan takut. Namun seperti tahu perlu menambah masa lagi seminggu untuk menjalani praktikum nanti. Saya redha sahaja.
Semalam. Mata ini tidak mampu untuk dilelapkan. Kerja yang siap jam 2.30 rupanya diiringi dengan sakit dada yang teramat sangat. Dan kesannya, semalam langsung tidak boleh tidur. Hanya mampu baring dan berfikir mungkin inilah ramadhan saya yang terakhir sehingga ternampak datangnya malaikat maut untuk mencabut nyawa ini. Allahuakbar!! Tidak tahu pada siapa ingin mengadu perihal ini. Jujur, saya perlukan mama. Namun, selama mana hendak membebankan mama dengan sakit yang berlarutan ini? Tiada lagi air jernih yang nak mengalir. Terlalu buntu rasanya dan hampir berputus asa kali ini.
Ya Allah...bantulah hambaMu ini.. Moga kegembiraan yang manusia sekelilingku lihat mampu menutup segala perit dan derita yang aku alami ini. Amin..
noktah,
nhmy1303
No comments:
Post a Comment