Saturday, 1 October 2011

Serangan Demi Serangan


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.

Jam kini 7.21 pagi. Mata ini tidak mampu untuk dilelapkan walau terlalu letih.. Mencuba untuk tidur kembali namun tidak berjaya. Semalam sekali lagi diserang asma. Namun kali ini keadaannya cukup buruk.. Saya tidak mampu untuk tidur secara normal. Batuk dan selsema juga mengiringi. Nafas juga semakin tidak menentu.. Akhirnya membuat keputusan untuk tidur secara duduk kerana itulah cara yang terbaik. Daku hanya mampu untuk melelapkan mata sekejap sahaja yakni daku bergelut dengan kondisi yang tidak baik. Allah, saat itu hanya Dia yang mengetahui. 

Kini kepala kosong. Tiada mampu untuk berfikir apa-apa. Yang difikir semoga Allah panjangkan usiaku. Andai usia muda ini daku bakal dijemputnya, aku reda.. Kerana hambaMu ini tahu Ya Allah, tidak Engkau uji aku jauh daripada tahap kemampuanku.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

  • Bila mana Engkau tidak pernah merasa nikmat sihat semenjak daripada kecil hingga ke saat ini, maka bersyukurlah wahai Noor Haszwani bt Mohd Yusoff, kerana Allah sayangkan dirimu. Kerana setiap kesusahan dan titisan airmata yang telah mengalir telah dikira oleh Allah. Kerana setiap ujian sakit yang menimpamu adalah kifarah kepada dosa. Maka bertahan dan bersabarlah wahai diri selagi terdaya. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujianMu. Amin Ya Rabbal Alamin..




No comments: