Assalamualaikum wbt..
Baru pulang daripada bertemu dengan doktor petang tadi. Hampir 2 jam lamanya menunggu untuk berjumpa dengan tuan doktor. Entah mengapa begitu lama hari ini. Satu pesakit hampir setengah jam lamanya. Tidak tahu apa yang dilakukan oleh doktor itu. Akhirnya, giliran namaku dipanggil juga. Lega bukan kepalang. Usai diperiksa oleh doktor, satu perkhabaran yang memang membuatku memandang mama. Mama hanya tersenyum. Si doktor menyuruhku menulis senarai makanan yang tidak boleh saya jamah sehingga baiknya asma ini. Satu persatu senarai diberikan. Hampir terkedu dibuatnya. Pada mulanya masih tidak terasa apa-apa. Keluar daripada bilik tersebut, aku memberitahu abah. Abah hanya tersenyum dan saat itu aku masih lagi tidak terasa apa-apa. Semasa mengambil ubat, barulah aku terasa sesuatu. Ya Allah, beratnya ujian ini. Ubatnya juga sudah pelbagai. Baik air, pil dan juga beberapa jenis herba berbentuk serbuk. Sekali lagi aku terkedu sambil melihat mama.
Menyemak kembali senarai makanan yang tidak boleh dimakan. Lama berfikir. Hendak dijamah apa selepas ini? Nasi bubur? Atau sayur air sahaja? Itu tidak merisaukan aku. Namun yang paling membuatkan rasa ingin menangis apabila nasi langsung tidak boleh dimakan. Terpaksa diganti dengan nasi perang yang harganya jauh lebih mahal daripada nasi biasa. Saat itu kembali rungsing. Makanan selepas ini perlu dicatu..Semuanya demi kesihatan ini. Aku masih bersyukur dan daku mengirimkan pesanan ringkas perihal ini kepada rakan serumah dan beberapa insan untuk meminta sokongan. Syukur mereka masih ada. Terutama teman serumah yang benar-benar memahami. Moga dipermudahkan rutin makananku selepas ini..
Berikut merupakan senarai makanan yang perlu dijauhkan:
Berikut merupakan senarai makanan yang perlu dijauhkan:
- Susu lembu atau susu kambing. (syukurlah memang tak minum susu selain soya..dan syukur juga kerana soya tidak tersenarai)
- Nasi putih...(Rasa hendak menangis. Entah boleh tahan atau tidak sebab memang akan cari nasi dalam apa jua keadaan.)
- Roti putih..(Ini makanan sampingan kalau lapar atau rasa tak nak makan nasi)
- Biskut.
- Telur.
- Minuman Bergas
- Minuman berais.
- Makanan bergoreng. (T_T)
- Buah-buahan import
Berikut pula merupakan senarai makanan yang boleh dimakan :
- Beras perang (Menggantikan beras putih...Beras jenis ni memanglah mahal...)
- Minyak zaitun (gantikan minyak biasa dengan minyak zaitun..lagi rasa nak menangis!)
- Buah-buahan tempatan
- Kekacang
- Sayur-sayuran
Tuntasnya, memang boleh kurus selepas ini. Kepala rungsing kembali memikirkan hal ini. Namun, perlahan-lahan memujuk diri bahawa apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Kuyakin itu. Terima Kasih Ya Allah...
p/s:
- Terima kasih buat semua yang mendoakan. Terkejut bukan kepalang apabila menerima pesanan ringkas daripada kawan-kawan dan junior kerana mesej hanya dihantar kepada insan-insan tertentu sahaja. Moga Allah merahmati kalian.
- Ubat itu.. Bisa buat daku muntah!! Tak pernah rasa seteruk itu seumur hidup ini...Tinggal lagi 4 paket..!
- Berjayakah nak berpantang-larang ini?Wallahualam
noktah,
nhmy1303.
No comments:
Post a Comment