Assalamualaikum wbt..
Jam sudah menunjukkan 1.45 pagi. Namun mata masih segar. Sesegar embunan pagi di luar. Kala manusia sudah hanyut di bawa arus mimpi, saya gagahi jua tangan ini untuk menaip. Sekadar meluah rasa barangkali. Walau seawal jam 11 tadi sudah saya adu kan rasa mengantuk ini pada adik berulang kali, namun saat ini mata seolah tidak mahu pejam. Entah mengapa. Terlalu banyak perkara yang difikir. Masih berbaki dua hari sahaja lagi sebelum memulakan sesi kuliah Isnin ini. Tidak tahu bagaimanakah situasinya kali ini. Mungkin lain barangkali. Adakah lebih bersemangat atau sebaliknya? Tidak mahu lagi peristiwa semester lepas berulang di mana saya seolah hilang arah tujuan. Moga semester kali ini lebih lancar perjalanannya.
Usah difikir lagi akan hal itu. Biarkan ia pergi ditiup angin malam. Semoga tidak kembali pada esok paginya. Moga kali ini Allah berikan pelangi dan matahari yang mampu menyinari hati dan hidup ini. Usah difikir lagi. Pandang ke hadapan kerana terlalu ramai yang masih setia membantumu dalam apa jua keadaan. Tidak Allah turunkan bencana tanpa menghadiahkan kembali rasa gembira. Ya, saya sudah kecapi hal itu sekarang. Sampai bila nak melayan perasaan tu kan? Tak berbaloi rasanya. Saya punya Allah....Allah yang akan mengubat segalanya...insyaAllah.. =)
p/s:
- jangan menceritakan perkara yang tidak betul pada orang lain sebab Allah akan tunjukkan kembali kesalahan itu. (peringatan untuk saya!)
- jangan kata anda tidak melakukan itu ini jika hakikat sebenarnya kamu lakukan hal sedemikian. Allah sayangkan manusia yang teraniaya kan? =) sama-sama kita muhasabah diri.
- selamat belayar wahai diri. semoga mimpi indah... =)
noktah,
nhmy1303.
No comments:
Post a Comment