Assalamualaikum wbt..
Hari ini merupakan 4 Syawal. Masa berputar begitu ligat. Sedar tak sedar sudah 4 hari kita di bulan Syawal. Saya mengambil peluang ini untuk menceritakan sedikit perjalanan raya saya sepanjang 4 hari ini.
Sehari sebelum raya
- Sibuk mengemas rumah bersama adik-adik. Sementara abah dan mama menyediakan juadah hari raya seperti rendang, ketupat palas dan sebagainya. Tahun ini kurang meriah kerana tiada kek buah dan kek mentega yang selalu abah buat kerana 'oven' rosak. Jadi hanya kek span yang berjaya dibuat oleh mama. Tahun ini juga tiada rendang daging pedas yang selalu dimasak oleh abah kerana mama tak boleh makan pedas. Jadi semua hidangan dimasak mengikut selera mama. Tetapi sedapnya bukan kepalang. =) Sebak juga sehari sebelum raya tiada kakak bersama.
1 Syawal
- Bangun awal pagi. Selepas solat Subuh tiba-tiba diserang asma dan batuk-batuk. Kronik juga. Mama tak bagi ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Jadi tahun ini terlepas untuk menunaikan solat sunat. Tak mengapa. Mungkin tiada rezeki. Sementara keseorangan di rumah, saya berehat seketika untuk mengurangkan asma. Selepas itu mengemas rumah, makan dan berehat kembali sehingga mama, abah dan adik-adik pulang dari masjid. Kemudian, rumah dikunjungi oleh makcik sekeluarga. Meriah seketika dan sempat untuk bersembang itu ini. Rumah bertambah meriah apabila didatangi budak-budak yang rajin berjalan untuk mengumpul duit raya barangkali. Saya seronok melayan karenah mereka.
- Ke rumah makcik yang tinggal di sebelah rumah sahaja. Kira kunjungan balas. Seronok. Kalau dekat rumah makcik mesti tertunggu-tunggu sup tulang, rendang ayam dan ketupat palas. Semua itu merupakan hidangan wajib dekat rumah makcik. Makan-makan lagi dan hepi. Oh, sebelum terlupa, sempat mengadakan sesi bergambar. Sedih sebab dalam gambar tiada gambar kakak.
- Selepas solat Zuhur, bergegas ke Parit Buntar untuk menziarahi tok sebelah mama. Tak ramai saudara mara yang balik kerana masing-masing ada hal. Yang ada hanya Anye dan keluarga, Mak Ngah dan Makcik. Makan-makan lagi dan bersembang. Kemudian berehat sekejap kerana terlalu penat. Petangnya selepas Asar ke rumah Mak Lang dan terus pulang ke rumah. Masuk rumah ada tetamu datang dan abah yang tiba awal di rumah melayan terlebih dahulu tetamu tersebut.
- Malamnya, hanya berehat dan menunggu mama pulang bersama kakak dan abang ipar. Menonton televisyen dan akhirnya tidur kerana kepenatan.
2 Syawal
- Hari ini macam-macam mama dengan abah masak. Ada lontong, kari kepala ikan, rendang ayam, rendang daging, sup ekor, udang goreng tepung, laici kang dan lain-lain lagi masakan sampingan. Meriah. Pagi didatangi rakan-rakan, duduk bersembang( sangat lama tak duduk bersembang ramai-ramai). Kemudian ke rumah rakan untuk beraya dan pulang ke rumah kerana sepupu datang. Hari ni orang tak putus-putus datang. Jujur, saya terlalu penat namun digagahkan juga diri.
- Malamnya, tidak banyak perkara yang dilakukan. Makan, solat, berehat, menonton televisyen dan tidur.
3 Syawal
- Tiada banyak perkara yang dilakukan. Tahniah buat adik abang Fahmee yang telah akad nikah pagi tadi.
- Makan, makan dan makan.. (hohoho)
p/s:
- dikejutkan dengan berita yang mengejutkan. Sedih yang teramat. Namun, Allah telah gantikan kesedihan itu dengan sesuatu.
- tenang selepas menceritakan masalah. terima kasih Ya Allah atas kehadiran insan itu.
- tugasan kerja kursus masih belum dibuat..
- dah tak mampu nak menangis...
No comments:
Post a Comment