Alhamdulillah..
Usai membaca sebuah novel karya pasangan suami isteri yang cukup membuka mata hati.
Semoga segala ingatan dan nasihat yang telah diperoleh membantu dan membimbingku untuk menjadi wanita yang solehah, wanita yang bertakwa dan wanita yang beriman.
Sekarang satu perkara yang perlu aku lakukan.
Menyediakan perisai untuk melindungi hati.
Semoga hati ini hanyalah untuk si dia.
Semoga cinta yang bakal dibina ini hanyalah untuk si dia disandarkan kepada cinta Allah Taala
dan kepada awak yang saya masih tidak tahu siapa,
ini janji saya..
saya akan sentiasa mendoakan agar kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai Allah
saya inginkan seorang bakal suami yang mampu untuk menjadi bakal imam saya kelak
untuk saya, anak-anak dan keluarga kita
saya sentiasa mendoakan saya berada dalam golongan wanita yang paling rendah maharnya
kerana saya tahu, sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak membebankan suaminya.
kerana saya tahu, segala-galanya perlu berada pada tahap sederhana
kerana saya yakin, saya dan awak hanyalah mengejar redha Allah dalam apa jua yang dilakukan
dan saya juga mahukan itu.
semoga Allah perlihara saya dan awak
pelihara hati kita berdua dalam mengejar redha-Nya.
dan untuk awak, jika ditakdirkan Allah kita perlu tempuh alam pertunangan,
cukuplah pertunangan itu sebagai persediaan menuju ke arah pernikahan yang akan menghalalkan segalanya
cukuplah hanya sekadar sebentuk cincin dan sebuah al-Quran sebagai tanda ikatan kita
dan semoga ikatan ini adalah ikatan yang akan dirahsiakan sebelum tibanya hari yang sebenarnya dimana sahnya saya menjadi bakal isteri awak.
dan semoga, segalanya serba sederhana seperti kehendak dan impian yang telah lama saya idamkan.
dan semoga kedua ibu bapa restu dan redha atas usaha kita mengikut sunnah Rasul ini.
semoga kita bertemu kelak wahai bakal imamku.
semoga Allah rahmati segalanya..
tulus ikhlas,
noor haszwani binti mohd yusoff...
=)
Kehidupan hanya akan indah jika segalanya berlandaskan syariat. KUYAKINI ITU.. =)
No comments:
Post a Comment