Monday, 21 May 2012

Buminya Umpama Sahara

Al-Quds..!
Al-Quds..!
Al-Quds..!

Terngiang-ngiang suara si ibu,
tangisan anak kecil,
dan jeritan si ayah,
namun,
semuanya tenggelam dek bedikan peluru durjana.!

Zionis Laknatullah..!
Saban hari darah umat Islam kau ratah
Tanpa rasa belas ihsan
Tanpa rasa sekelumit perasaan bersalah

Bumi Gaza kini umpama sahara
Yang tinggal hanyalah serpihan bangunan yang roboh dek
rakusnya kezaliman
Yang ada hanyalah debu-debu kosong berterbangan tanpa arah tujuan

Wahai umat Islam..!
Dimanakah kalian?
Dimanakah kita?
Dimanakah jiwa dan hati kita saat saudara kita diseksa?
Dimanakah diri kita saat tubuh mereka melayang nyawa?
Dimanahkah KITA wahai seluruh umat Islam?

Bangkitlah..!
Sedarlah.!
Dari tidur kelalaian yang berpanjangan
Berilah pertolongan walau hanya dengan doa yang kudus
Kerana Allah kirimkan kekuatan itu ke sana.
Kerana doa itu adalah pengharapan dan kekuatan buat mereka..

SEDARLAH...
SEDARLAH...
SEDARLAH...


(Wani,2012- 4.00 petang 21 Mei 2012)

No comments: