Sunday, 1 April 2012

Maaf...
Adakalanya aku tidak membalas pesanan kalian atau tidak menjawab panggilan
dan
semua itu mempunyai sebab musabab yang kukuh
walau terkadang aku sedikit malas.

Maaf...
Berkali-kali aku sudah terkena
Serik itu datang dan pergi
dan kali ini aku terasa ingin tanam rasa serik itu dalam-dalam
Moga perkara yang sama tidak berulang.

Mungkin tidak sedar atau sebaliknya
Namun aku terima
Dan penerimaan aku dengan cara beginilah
Kerana aku tahu
Diam itu lebih bermakna..

Terima kasih buat semua..
aku tersangat hargai..

Luka kini berdarah kembali
aku terkapai-kapai mencari penyembuhnya..

Tapi Allah itu ada
Allah Maha Adil

Aku lebih tenang apabila meletakkan segalanya pada Allah..
aku lebih yakin bergantung hanya pada Allah..
Hanya padaNya aku kembali
kerana kelak, aku akan kembali kepadaNya jua..

* Senyum menutup duka. Senyum membawa bahagia.. Senyum tanda kau redha terima segalanya.. =)

No comments: