Hari ini, hati-hati yang bertaut pada jalanNya kembali diuji.
Kerana Allah ingin tahu setinggi dan serendah mana tahap keimananmu.
Aku masih aku yang biasa
Tidak berlalu, tidak juga menunggu.
Dalam duka,
Aku jauh ditinggalkan manusia.
Aku rebah dalam mengorak langkah ke jalan redhaNya.
Namun hanya "tangan mereka" yang dihulur membantuku bangun semula.
Tangan yang sepatutnya?
TIADA..
Ditinggalkan itu perkara biasa
Aku telah laluinya sejak berabad lama.
Tetapi, seringkali Allah gantikan dengan perkara yang baik-baik
Seringkali Allah gantikan dengan peristiwa yang manis-manis.
Kerana apa?
Kerana hanya Allah yang mengetahui
Dan aku
Aku bukanlah insan yang terlalu mengambil kisah atas setiap kejadian yang berlaku.
Tabah menerima kerana itulah takdir hidup yang terletak di Luh Mahfuz.
Senyum dalam duka,
Tangis dalam tawa..
*Setiap bicara walau dimana jua jika memburukkan antara satu sama lain adalah GHIBAH. dan jika insan yang diburukkan itu terasa maka Allah mengira kata-kata kita sebagai satu dosa..
*"sabar tu perit... tp kesannya indah"
No comments:
Post a Comment