Wednesday, 25 January 2012

Nasuha-Mestica

PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha
Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan ku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku 
Terangi hatiku
Izinkan ku kembali
Ke jalan redhaMu
TIada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu Tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan 
Ya Allah
PadaMu ku serah segala



Ada sesuatu yang telah mengetuk pintu hati aku.. Perlahan-lahan tanpa aku sendiri sedar. Ini lagu pilihan aku saat ini. Setiap kali berkumandang di corong radio, hati aku bergetar hebat.. Dan...Dan aliran airmata itu deras mengalir tanpa dipinta oleh aku dan tanpa dibuat-buat. Manusia. Manusia itu senantiasa dahagakan rahmat dan kasih sayang Allah. Serta MaghfirahNya. Jujur aku katakan, selagi aku masih bernyawa, mencari siapa diri aku yang sebenarnya itu tidak akan pernah hilang. Dan selama hayat aku hampir menjejak 23 tahun ini, aku masih mencari siapa aku sebagai khalifahNya. Dan apa sumbanganku sebagai khalifahNya. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Masih lemah tiada daya dan terasa aku ini hambaNya yang langsung tiada guna. Jika saat ini aku tidak mampu menjawab, apatah lagi nasibku kelak diakhirat apabila ditanya apakah sumbanganku di dunia. 

Terduduk jatuh dan rebah aku kini. Dosaku melangit tinggi. Aku tidak nafikan itu. Saban waktu aku mengumpul saham yang tidak perlu orang lain laburkan untukku. Pelaburan itu ternyata aku yang lakukan sendiri. Makin hari makin bertambah pelaburannya. Entah. Entah bagaimana ingin aku kurangkan saham ini.. Masih terngiang-ngiang jawatan yang aku isi sepanjang menjadi perwakilan pelajar selama setahu yang lalu. Di situlah landasan yang paling banyak sahamnya aku kumpul. Kerapkali aku mengumpul limpahan airmata disitu.  

Dan kini, aku harap kekosongan waktu yang bersisa, aku mampu kembali mencari nur redhaNya. Aku dahagakan itu. Kumohon padaMu Ya Allah. Didiklah jiwa ini agar kembali menjadi hambaMu yang istiqamah. Jadikanlah aku kuat kembali. Kuat menepis segala rencam hidup yang selama setahun aku lalui. Terlalu rugi rasanya hidupku kini tanpa pengisian tarbiah dalam jiwa. Wahai diri, perlahan-lahanlah dalam mencari kembali cahaya ilmu Allah. Buka mata, buka minda dalam mencari keluasan ilmu Allah yang tiada taranya. Ya Allah, kumohon keampunanMu. Jadikanlah aku hamba yang selalu ingat akanMu.. Terima kasih atas segala bentuk ujian. Tanpa ujianMu, pastinya aku akan kurang mengingatiMu.. 

selagi kita hidup dan selagi diberi pinjaman nafas, maka usahlah berhenti menjadi orang yang sentiasa muhasabah atas dosa2 yang lalu.. kerana kelak apabila sampainya saat sakaratulmaut, tiada lagi peluang untuk menebus dosa yang lalu..

p/s: nak jadi pendiam kembali... kata-kata yang menghantui diri, sebolehnya aku akan cuba elakkan diri kali ini.. berikanlah aku kekuatan Ya Allah..

No comments: