Assalamualaikum wbt...
Serasa sudah sekian lama tidak menulis begini. Ruangan ini terisi, namun isinya hanyalah sekadar luahan rasa apabila aku sendiri menjadikan blog ini sebagai catatan atau diari harian.
Usai membaca sesuatu di laman facebook sebentar tadi. Artikel itu telah mengajar aku tentang erti kesyukuran. Bayangkan seorang budak yang baru berusia 8-9 tahun terpaksa mencuri demi mencari sesuap nasi dek kerana kesempitan hidup mereka. Aku terkesima. Namun itulah senario yang berlaku sekarang. Bukan sahaja di Malaysia, malah di mana-mana negara sekalipun yang mengalami kesempitan hidup, mereka terpaksa melakukan apa sahaja. Dek kerana budak itu, lantas aku berfikir. Selama ini aku boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang boros kukira. Pembaziran berlaku usahlah dicerita banyak mana. Terkadang makanan yang dibeli atau dimasak, apabila tidak habis dibuang macam itu sahaja tanpa berfikir panjang akan kesusahan orang lain yang tak mampu untuk mendapat apa yang mereka nak.
Alhamdulillah aku bersyukur mendapat banyak benda yang aku nak. Sama ada yang diminta atau sebaliknya. Namun, aku tak sedar untuk mendapat sesuatu benda terutama daripada mama dan abah, mereka terpaksa hadapi macam-macam perkara. Semata-mata untuk melihat kesenangan anak-anak mereka. Lama baru aku sedar akan hal ini.. Terbaca satu pesanan ringkas yang benar-benar menusuk ke atma aku. Kini baru aku sedar akan perihal perkara yang berlaku. Allah, terasa aku ini manusia yang tak mengenang jasa.
Dek kerana satu artikel telah membuka mata aku. Satu persatu perkara yang berlaku di rumah sewa sendiri dan berlaku di kafeteria di IPG satu masa dahulu kembali terngiang-ngiang dalam benak mindaku. Terima kasih untuk kalian. Sedar dalam diam...
Dek kerana satu artikel telah membuka mata aku. Satu persatu perkara yang berlaku di rumah sewa sendiri dan berlaku di kafeteria di IPG satu masa dahulu kembali terngiang-ngiang dalam benak mindaku. Terima kasih untuk kalian. Sedar dalam diam...
"Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7)
No comments:
Post a Comment