Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim..
Pada waktu senggang ini aku mengambil peluang untuk menulis sesuatu. Kalam ini telah lama kupendam sejak beberapa minggu yang lalu. Moga kali ini segalanya terluah indah. Biarlah orang yang membaca penulisan ini berkata aku klise kerana aku sering meluahkan perkara yang sama.
Ibu, emak, mama, bonda dan ummi. Panggilan yang berbeza untuk insan yang sama iaitu seorang wanita yang melahirkan seorang anak atau seorang wanita yang bertanggungjawab dalam menguruskan perihal rumahtangga di sisi seorang suami tercinta. Menelusuri kehidupan cuti yang dirasakan amat panjang di teratak ini mengajar aku tentang 1001 erti. Menjadi seorang ibu itu pahalanya berlipat kali ganda. Itulah kelebihan Allah ciptakan seorang wanita yakni pelengkap tulang rusuk Adam.
Bermula detiknya kelahiran khalifah itu ke dunia, aku telah nampak segalanya. Allah Maha Besar. Penat lelah dan gementarnya menunggu berbuah bahagia. Aku teringat satu kata-kata:
"Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad pada jalan Allah."
"Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala seperti orang yang berjihad pada jalan Allah."
Aku telah meletakkan situasi kakakku dalam diri. Masa itu kurasa peritnya untuk melahirkan seorang bayi ke dunia. Namun aku tahu, segala sakit itu akan sembuh apabila kita melihat anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari itu selamat lahir ke alam fana. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pulang ke rumah aku menyaksikan segalanya. Bermula daripada proses menyusukan seorang bayi, memandikan bayi, memberi tidur dan semuanya yang berkaitan. Ada masanya hati kecil aku tersentuh dan hampir menangis. Kerana terlalu kasihan. Namun itulah lumrah menjadi seorang ibu. Tidak akan terlepas daripada semua rasa itu.
Dan melihatkan kesungguhan kakak, mama dan abah menjaga bayi itu, sekali lagi aku tersentuh. Itulah pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Ada waktunya aku pernah menangis dek tidak tahan melihat mama dan kakak terpaksa berjaga sehingga jam 4 pagi untuk menidurkan bayi itu. Allahu Rabbi, moga Engkau memberi kekuatan kepada mereka.
Bersyukur yang teramat sangat. Apabila aku berada dalam situasi begini, aku dapat memuhasabah diri. Dan saat itu aku merasa, apabila punya anak kelak, aku pasti akan dapat sendiri merasai betapa susahnya mama dan abah menjaga aku dahulu. Dan saat itu aku pasti aku akan menangis semahunya.
Terima kasih Ya Allah. Jangan Engkau hakiskan walau sedikitpun rasa sayang dan kasih ini pada mereka. Jika aku tidak berkahwin kelak, menjaga mereka seumur hidupku adalah impianku kelak. Moga Allah permudahkan nanti. Amin...
Nukilan atma,
Seorang anak...

No comments:
Post a Comment