Belajar dan terus belajar..
Daripada pengorbanan itu datangnya pengalaman..
Walau terpaksa memerah keringat
Jujur aku penat
Namun pada siapa ingin diluah?
Bisa sahaja ditinggalkan segala perkara
Namun melihatkan hebatnya mereka
Aku terkesima.
Layakkah aku mengeluh sebegitu rupa
Andai kerjaku tidak sebagus mereka.
Jawapannya tentu tidak.
Lantas kuketepikan segala kepentingan
Berbekalkan sisa-sisa kekuatan
Aku mengorak langkah bersama mereka
Susah senang bersama
Jatuh bangun juga bersama
Andai mereka tidak tidur pagi malam, perlukah aku bersenang-lenang?
Andai mereka tidak sempat untuk menjamah makanan, perlukah perutku diisi kenyang?
Andai mereka tidak sempat untuk menelaah, perlukah aku mulakan?
Andai mereka tidak sempat untuk merehatkan badan, perlukah aku duduk dan santai?
Sekali jawapanku TIDAK..
Entah mengapa, seringkali aku malu pada mereka.
Entah mengapa, seringkali aku hiba melihat kesungguhan mereka.
Mengenepikan segala kepentingan yang anda.
Walau ada yang berkata itu adalah minat,
Namun, sehingga begitu rupa mengorbankan jiwa dan raga.
Justeru, aku tak layak untuk berkata tidak..
No comments:
Post a Comment