Assalamualaikum wbt..
Jam membidik 5 dan aku terjaga daripada lena.. Asma menyerang lagi! Perlahan-lahan bangun menuju ke kerusi dengan harapan aku mampu untuk kembali menyambung lenaku. Namun sebaliknya yang berlaku. Kurangnya tiada, makin bertambah. Dalam keadaan yang lemah, otak berputar ligat.
"Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? Jika hari ini adalah hari terakhirku, aku redha."
Lantas terdengar suara mama. Aku kembali lega. Maaf ma. Tiada niat untuk mengganggu waktu tidurmu.
"Nah, sapu ubat ni kat dada. Bagi kurang sikit."
Aku hanya mendengar arahan mama. Saat itu tiada apa yang mampu dilakukan. Entah mengapa semakin lama asma itu semakin kerap melanda. Mama memintaku untuk ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan apabila tanda-tanda asma kurang tidak kelihatan pagi ini.
Akhirnya, jam 5.15 pagi tadi, aku bersama abah membelah kesejukan pagi menuju ke klinik kesihatan yang berhampiran. Setibanya di sana, abah cuba menelefon pegawai perubatan. Berulang kali kulihat tangannya menekan punat berwarna hijau itu. Namun gagal untuk dihubungi. Aku juga seakan berputus asa kerana kasihan pada abah saat itu! Terasa ingin menangis semahunya kerana aku telah menyusahkan mereka. Akhirnya, abah membawaku ke rumah pegawai tersebut dan memanggilnya. Alhamdulillah syukur. Akhirnya aku mendapatkan rawatan dan keadaanku sedikit baik.
Kini, tidak tahu apa yang ingin difikirkan. Jujur aku bertambah risau untuk pulang ke rumah sewa hari ini. Bimbang andai diserang asma awal pagi pada siapa inginku meminta pertolongan? Teman serumah? Tentulah membebankan mereka. Kutekad! Kali ini pemakananku harus dijaga. Dan hambaMu ini memohon kekuatanMu Ya Rabb. Kuatkan aku dan sembuhlah segala sakit yang aku alami. Amin...
p/s:
- Maafkan orang mama abah kerana telah menyusahkan...=(
- Terketar-ketar seluruh badan saat ini..!
noktah,
nhmy1303.
No comments:
Post a Comment