Friday, 30 September 2011

Sekerdil Aku


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.


Melewati blog pensyarah yang memberi ceramah mengenai penulisan kreatif sewaktu mengikuti bengkel penulisan yang lalu dan mata tertancap pada senarai nama penulis. Terbungkam kaku! Kerdilnya aku dan tidak layak rasanya bersama barisan mereka. Daku tidak punya pengalaman dalam bidang ini walau menulis itu minat yang kucambah semenjak di bangku sekolah lagi. Cuma tidak dikembangkan sahaja. Terasa rugi apabila diimbas kembali, sewaktu menghadiri bengkel penulisan di sekolah dahulu, daku tidak bersungguh-sungguh. Minat itu ada, cuma galakan sahaja yang kurang. 

Kini apa perlu buat? Berusaha dan terus belajar kerana wasilahnya telah Allah sediakan.. Menunggu antologi yang pertama nanti dan itulah kenangan yang paling bermakna sepanjang tempoh bergelar mahasiswi..! Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan dan mengajak untuk menyertai bengkel itu. Jika tidak daku tidak berada dalam kalangan mereka..

noktah,
nhmy1303.

No comments: