Tuesday, 9 August 2011

Thank You Cikgu....


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah selesai diselia oleh pensyarah pembimbing Bahasa Melayu tadi. Hari ini badan seakan lemah. Saya sememangnya redha dengan sesi pengajaran hari ini. Namun, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah Taala. Ada perkhabaran gembira daripada pensyarah. Namun, saya tidak mampu untuk ke arah itu. Tidak layak rasanya. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih anak-anak murid semua. Cikgu terhutang budi dengan kamu.

Tadi, sebelum keluar dari kelas, saya didatangi seorang anak murid perempuan. Berkaca mata, putih dan halus kulitnya. Husna nama diberi. Secantik orangnya dan juga merupakan murid yang pintar dan baik. Tidak banyak karenah di dalam kelas. Murid itu yang pertama sekali datang dan bersalam dengan saya apabila tamat sesi pengajaran di dalam kelas. Jauh di sudut hati, saya benar-benar terharu dengan tindakannya. Dia telah memberikan saya bungkusan beg bewarna biru. Cantik! Saya telah membukanya semasa pensyarah menyelia rakan sepraktikum saya. Yang paling menyentuh perasaan, bukan hadiah yang diberikan, namun pada sepucuk surat yang saya tahu ianya lahir dari hatinya yang sememangnya ikhlas itu. 

Thank You Cikgu....

Terima kasih cikgu kerana mengajar saya.
Cikgu memberi kasih sayang yang banyak.
Minta maaf cikgu kalau saya ada buat salah dekat cikgu.
Surat yang cikgu baca mengingatkan sayan tentang nenek saya yang telah meninggal dua tahun yang lepas.
Saya berjanji cikgu saya akan kekalkan kedudukan saya untuk mendapat nombor 1.
Baru-baru ini, saya telah mendapat nombor 1 dan mendapat 5A.
Ini semua atas kasih sayang yang cikgu bagi selama ini.
Cikgu saya bercita-cita untuk menjadi seorang penulis buku. Jadi cikgu, sila tunjuk ajar. 
Saya ingin sekali membuat sebuah novel. 
Dari kecil lagi saya ingin menulis novel yang bertajuk 'Titisan Racun". Ianya sebuah buku yang berkenaan 5 penyiasat terhebat.
Harap cikgu jangan bagi tahu perkara ini kepada kawan-kawan saya. Saya doakan cikgu semoga menjadi seorang cikgu yang terhebat.
Cikgu doakan saya supaya berjaya mencapai cita-cita saya ini.

Terima Kasih.....

Daripada : Nurul Husna bt. Mohd Ghazali (4Z)
Kepada : Cikgu ********
=)

Usai membaca surat itu, perlahan-lahan saya menangis.Perasaan itu bercampur baur. Sebak, hiba dan pilu. Siapa sangka, anak kecil itu mempunyai impian yang hebat. Saya mendoakan agar dia mencapai apa yang telah dia impikan. Terima kasih Husna...Doakan cikgu mampu berjaya juga. 

Terima kasih Ya Allah atas semua ini.....
Terima kasih mama abah atas kekuatan itu.....
Terima kasih adik atas doa yang tak pernah putus dari jauh.....
Terima kasih semuanya.....


noktah,
nhmy1303.

No comments: