Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Syahrul Maghfirah (fasa pengampunan). Ramadhan telah memasuki fasa kedua iaitu fasa pengampunan. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan ramadhan kali ini. Sama-samalah merebut peluang untuk memohon keampunan sepanjang fasa kedua di bulan ramadhan ini. Mudah-mudahan saya juga tergolong dalam golongan yang sempat untuk sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT.
"Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau."
"Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal."
"Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang."
"Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
sumber doa dipetik dari : ILUVISLAM
noktah,
nhmy1303
No comments:
Post a Comment