Wednesday, 17 August 2011

Kesalkah?


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia seperti saya ini jarang untuk berasa marah atau sakit hati. Namun, saya ini hanya manusia biasa. Marah dan sakit hati itu kadang-kadang perlu. Syukur apabila dikurniakan rasa marah dan kecewa yang sekejap sahaja walau kerapkali perasaan kecewa itu bertandang. 

Namun ketahuilah, seberapa sabarnya saya, saya juga punya hati? Punya perasaan? Fahamkah perasaan saya ini? Dibibir seringkali mengucapkan perkataan yang tidak sama seperti yang dilahirkan dalam hati? Bukan untuk hipokrit atau apa namun atas dasar untuk menjaga hati. 

Tahukah, mempamerkan reaksi yang gembira, senyuman yang terukir di bibir setiap masa itu adalah merupakan satu terapi untuk menutup gejolak di sudut hati yang paling dalam? Tahukah manusia yang dipenuhi dengan tawa ini sebenarnya menanggung beban yang maha hebat? Tiada siapa yang tahu. Lantas saya lebih senang untuk membawa diri. Hilang itu, hilang ini. Dimanakah peluang saya untuk berkomunikasi seperti rakan-rakan yang lain? Walau jujur saya tenang apabila kehilangan banyak perkara, tapi siapalah saya sebagai manusia? 

Entah, entah bagaimana lagi ingin dikatakan.. Andai perlu pergi, biarlah selamanya pergi. Andai perlu hilang, biarlah tidak menjelma lagi.. Kerana hancurnya hati ini tak siapa tahu. Ya Allah, terima kasih atas ujian ini. HambaMu ini terlalu banyak kekurangan.. Berkatalah apa jua kerana saya tahu apa kelemahan saya. Bencilah saya andai cara itu buat mereka puas dan bahagia..

noktah,
nhmy1303 

No comments: