Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Tiada manusia yang benar-benar sempurna sifatnya. Setiapnya pasti ada kelemahan walau sekecil zarah. Saya juga. Namun kelemahan ini bukanlah sekecil zarah, namun terlalu besar. Sepanjang tempoh belajar di IPG. Jauh di sudut hati, terasa segan pada rakan-rakan sekelas terutamanya. Jua pada rakan-rakan daripada unit lain serta adik-adik junior. Saya bakal menamatkan zaman belajar akhir tahun hadapan. Namun, apakah kelebihan yang ada? Seringkali rasa tidak layak untuk banyak perkara. Kerana saya tahu siapa saya. Pada pandangan manusia, siapakah saya? Mencari-cari dimanakah kekuatan diri. Puas diteroka, dicari dan diselidiki. Tetapi seringkali hampa pada jawapan yang ditemui. Ya Allah, entah mengapa hambaMu ini seringkali begini? Adakah hidupku hanya untuk menyusahkan manusia sekeliling semata? Ampuniku Ya Rabb....
p/s: Kerana saya tahu saya memang tidak layak untuk terima itu... =(
noktah,
nhmy1303
No comments:
Post a Comment