Monday, 29 August 2011

Hikayat vs Persiapan Raya


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim.



terbiar kaku, 
terlantar lesu...
buku oh buku...
ampunkan tuanmu..
kerana kita belum bisa bertemu..


Cuti sudah bermula.. Ramadhan jua kian melabuhkan tirainya. Saya pasti seluruh umat Islam di dunia sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut bulan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Syawal yang dinanti kini bakal dirai. Saya juga tidak ketinggalan. Hari ini mama dan abah telah memberikan amanah untuk mengemas isi rumah. Penat bukan kepalang. Masakan hanya sempat mengemas ruang tamu dan membasuh halaman rumah. Masih banyak yang belum terlaksana. Esok bakal bersambung semula bersama adik-adik tersayang.

Hari ini tiada rehat yang panjang. Pagi-pagi sudah bergegas ke Taiping untuk mencari kasut dan tudung. Alhamdulillah kasut telah dibeli. Cuma tudung belum berhasil untuk menemui. Tetapi telah diserahkan kepada mama untuk mencari dan akhirnya 3 helai tudung telah dibeli. Saya juga telah membeli 'Cornflake' untuk kakak tersayang yang sejak awal lagi telah memesan kepada saya untuk membuat "Cornflake Madu". Namun, masih ada bahan yang belum dibeli yakni madu dan juga coklat masak. Esok barangkali dan esok kembali sibuk untuk membantu mama dan abah menyediakan juadah sempena aidilfitri nanti.

Kembali kepada buku. Saya masih belum berkesempatan untuk menyentuh Hikayat Indera Putra. Bukunya sudah berada di depan mata. Namun, dipandang sepintas lalu sahaja dengan niat "Aku kena habiskan buku ni sebelum kuliah bermula minggu depan". Semoga sempat untuk menghabiskan bacaannya. Selain buku, cerpen juga terbengkalai. Tugasan kerja kursus juga masih belum dibuat. Seminggu ini memang tidak mencukupi untuk orang pemalas macam saya ini. Hmmmm, entah bilakah hendak memulakan semuanya. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu kali ini. Jauhkan diri ini daripada sifat malas dan lemah. Kuatkan diri ini untuk menghadapi segalanya. Amin.

p/s: 
  • sebab saya tahu saya ni siapa. buruk baik saya dan buruk itu lebih banyak daripada baiknya. =) 
  • Oh, baju raya saya kali ni warna hijau, ungu+krim dan ungu gelap.. =)
  • Terengganu atau Shah Alam? (dilema kembali)



noktah,
nhmy1303.

No comments: