Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, puasa yang ke-11, saya telah diberi kesempatan untuk berbuka di PIAH. Sebuah tempat yang penuh dengan barakah. Jauh di sudut hati, saya memang rindukan taman tarbiah itu. Disitulah terbentuknya jiwa saya pada satu masa dahulu..
Syukur atas nikmat ini. Dapat sama-sama berbuka puasa bersama rakan dan beberapa orang junior. Sungguh saya rindukan saat-saat itu yang pernah dilalui satu ketika dahulu. Dan lantas hati terasa pilu. Teringatkan juga teman-teman seperjuangan unit G yang turut sama-sama membanting tulang saat dahulu untuk menjayakan iftar di PIAH. Terlalu banyak kenangan di situ.
Hari ini terasa sesuatu. Saya memang tunggukan saat itu. Tiada siapa sangka jawapan itu yang keluar dari bibirnya sendiri. Jawapan yang telah lama saya tunggu-tunggu dan dia juga menunggu saat hadirnya perkara itu. Allahuakbar, indahnya detik tadi. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Saat berterawih secara berjemaah, airmata ini sekali lagi menitis. Rindukan seseorang. Insan yang terlalu jauh di sana. Namun, dalam hati, dia sering menjadi ingatan saya setiap masa. Allah, lindungi dia selepas satu kejadian bulan 8 tahun lalu.
Dan, di taman tarbiah itu, kali pertama saya bertemu mata dengan dia.. Tiada siapa mengetahui akan hal ini. Moga ditetapkan iman ini.. Amin. =)
noktah,
nhmy1303
No comments:
Post a Comment