Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Pada 9 Julai 2011 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat (A), satu bengkel penulisan cerpen kreatif telah diadakan anjuran Jabatan Pengajian Bahasa Melayu. Bengkel ini telah dihadiri oleh insan-insan yang berbakat dalam bidang penulisan dengan gaya penulisan masing-masing. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menimba seberapa banyak ilmu yang telah dibekalkan. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Terima kasih kepada junior saya yang sudi mengajak untuk sama-sama mencari ilmu dalam bidang penulisan ini. Pada mulanya hampir menolak kerana beberapa kekangan. Namun, alhamdulillah hati ternyata kuat untuk duduk bersama mereka, mendengar pelbagai input yang berguna oleh pensyarah serta bersama-sama menggarap sebuah tinta.
Biar gambar berbicara, menuturkan setiap perjalanan program... =)
Penceramah : Puan Norehan
Barisan peserta
Puan Hayati turut tidak melepaskan peluang
Permulaan..Moga berterusan
Saudara Fathul Khair
Barisan peserta yang sedang khusyuk mendengar karya rakan-rakan
Bacaan karya oleh Sanisha : "Bayang-bayang"
Saudara Ajwad dengan karyanya yang hebat.
KAMI
Ucapan Majlis Penutup oleh KJ Jabatan Pengajian Melayu, Dr. Sharuddin
Sesi penyampaian cenderamata
Langkah permulaan diatur penuh gigih, Hati yang ikhlas bersatu di bawah satu tujuan yang sama,
Semoga ada hasilnya kelak...
Terima kasih kepada saudara Fathul Khair yang sudi mengajak untuk menyertai bengkel ini..
Kalian terhebat..
Terasa kerdilnya diri...
Noktah,
nhmy1303.
No comments:
Post a Comment