Tuesday, 12 July 2011

Sudah Bersedia?

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Tahun hadapan merupakan tahun terakhir dan ini bermakna 2013 sudah 'posting' dan kerjaya sebagai pendidik  telah bermula. Destinasi yang telah dipilih oleh saya ialah Sabah dan Sarawak. Pelik bukan? Apabila ditanya kepada rakan-rakan yang lain, majoritinya ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya yang teringin sangat ingin dihantar ke sana. Sehinggakan bila berbicara dengan mama, sudah pasti lokasinya adalah negeri yang sama walaupun sebenarnya mama memang menentang dengan sekerasnya. Namun ada rezeki, saya ikut sahaja. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan pada setiap ketetapan Allah.

*Kawan serumah dan seorang senior dah mengajak 'posting' Sabah dan Sarawak.. Ada 'geng'.. Yeayy... =)


Ketetapan yang telah tertulis di Luh Mahfuz, tak siapa yang tahu. Siapakah kita sebagai hamba yang lemah untuk menolak apa jua perkara yang telah ditentukan oleh Allah? Kerana apa jua di dunia ini adalah milik mutlak Allah. Tidak ada sesuatu pun milik manusia...

No comments: