Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. Seperti yang telah dijanjikan elaun telah pun dimasukkan ke dalam akaun bagi setiap pelatih. Masing-masing tersenyum lebar saat memandang skrin mesin ATM barangkali usai kuliah tengahari tadi. Begitu juga saya. Namun ternyata duit telah habis begitu sahaja. Melangsaikan hutang rumah, broadband dan juga telah memberikan kepada mama.Kini tinggal separuh dan akan digunakan sebaik yang mungkin. Selesai membeli beberapa keperluan di Giant, hati melonjak-lonjak untuk ke JJ bagi membeli beberapa buah buku. Niat di hati sudah tertanam bahawa buku itu perlu menjadi teman setia saya.
Tiga buah buku telah berjaya di beli. Syukur. Sebuah telah dihadiahkan pada insan yang telah banyak membantu.. Dan dua buah lagi menjadi bahan bacaan saya nanti. Sebuah karya Hilal Asyraf bertajuk Batu-bata Kehidupan dan sememangnya saya lebih menyukai bahan bacaan seperti itu berbanding novel cinta. Mungkin sudha menginjak dewasa, proses pentarbiyahan itu sangat diperlukan berbanding diisi dengan perasaan cinta. Moga ada manfaatnya. Sila dapatkan buku berkenaan di kedai buku yang berdekatan. =)
hakmilik : google
noktah,
nhmy1303

No comments:
Post a Comment