Wednesday, 20 July 2011

Penat Seharian

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah selesai diselia oleh pensyarah untuk pertama kali bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan penyeliaan kali kedua oleh guru pembimbing matapelajaran Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, saya masih tidak berpuas hati terutama bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani. Terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan saya akui akan hal itu sebelum mengajar lagi. Bimbangkan penulisan RPH PJ yang secara keseluruhannya tidak sama seperti RPH BM. Semalam bersengkang mata menyiapkan 3 RPH sekaligus. Terasa seperti ingin berputus asa semalam. Namun, saya kuatkan hati. 

7.20 am: 
Tiba di perkarangan sekolah. Kaki melangkah ke bilik guru meletak barang. Rakan seperjuangan mengajak untuk melihat alatan bagi permainan bandminton yang akan diajar oleh saya dan dia. 

7.45 am:
Bergegas untuk masuk ke kelas darjah 4 untuk matapelajaran BM dan diselia oleh guru pembimbing. Keseluruhannya ada peningkatan. Alhamdulillah. Cuma masih perlukan lagi penambahbaikan. Masih mencuba. Sesi pengajaran berjalan dengan baik dan objektif pengajaran secara keseluruhannya tercapai (Alhamdulillah)

8.45 am
Kelas BM tamat. Namun sedikit lewat dan bergegas turun ke bawah untuk mengajar PJ. Semasa di gelanggang badminton, jantung berdegup kencang dan teramat cuak rasanya. Namun redha dengan apa yang bakal berlaku kelak. Sepanjang proses pnp, kawalah kelas kurang baik. Suara perlahan (entah bagaimana lagi hendak dikuatkan suara ini). Arahan yang diberikan kurang sampai kepada murid dan beberapa lagi kelemahan yang sememangnya perlu diperbaiki. 

9.45 am
Tamat kelas PJ. Lewat 5 minit ke kelas darjah 4 yang seterusnya. Murid-murid dah bising. Memberikan lembaran kerja untuk disiapkan sementara saya terpaksa meninggalkan kelas untuk berjumpa kembali dengan pensyarah. Pensyarah tidak sempat untuk memberikan ulasan dan menyuruh saya dan rakan saya berjumpa dengannya di IPG.

10.45-1.05 pm
Waktu senggang. Diisi dengan mengemaskini kembali buku RPH dan menulis refleksi. Didatangi oleh guru pembimbing yang memberikan komen mengenai sesi pengajaran pagi tadi. Penat menguasai diri. Batuk bagaikan tiada henti. 

1.05-3.00 pm
Contact Time! Baru nak cabut lari balik awal memandangkan keadaan yang sangat tidak mengizinkan. Namun, menunggu hingga mesyuarat tamat. Sampai di rumah terasa seperti hendak pitam..Betapa penatnya badan saat itu.

3.30 pm
Bertolak ke IPG untuk bertemu pensyarah. Diberi kejutan apabila pensyarah belanja makan durian. Alhamdulillah rezeki. Dah lama kempunan durian. Terima kasih encik dan pensyarah-pensyarah lain di Jabatan PJ. Moga kalian dimurahkan rezeki. 

5.00 pm
Pulang ke rumah sewa dalam keadaan lesu. Tak boleh nak lelapkan mata langsung!! Solat dan bersiap untuk ke rumah jiran dan menempah beberapa helai telekung sebagai hadiah. 

7.30-8.30pm
Berada di Giant untuk membeli barangan keperluan dan makan malam.. Selepas selesai segala urusan, kembali pulang ke Bercham.

11.50pm
Selesai menyiapkan RPH untuk esok pagi. Moga dipermudahkan...

p/s: catatan untuk hari ini.

Noktah,
nhmy1303


No comments: