Tuesday, 5 July 2011

Kesibukan

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Terlalu lama rasanya tangan ini tidak berbicara pada kata yang sepatutnya...Aduhai jiwa, dimanakah semangatnya? Mengapa kian pudar dan layu? Sejujurnya kali ini saya lebih senang untuk jauh daripada orang ramai. Baik di alam nyata mahupun di alam realitinya...Namun, terkadang di alam realiti saya lebih banyak berbicara.. Namun terkadang ingin senyap sahaja. Selepas melalui hari-hari yang lalu dengan penuh bebanan kerja dan tidur yang tidak mencukupi, kini kesibukan itu disambung kembali dengan sesi praktikum di fasa kedua. Syukur alhamdulillah dengan sekolah kali ini iaitu SK Tasek Dermawan. Moga kali ini lebih baik perjalanannya...Kuatkan hambaMu ini Ya Allah...


No comments: