Sunday, 24 July 2011

Karya Itu

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Menulis cerpen memang kerja merapu. Tapi ada mesej dan motif, dia menjadi satu cereka 
(cerita rekaan)"
M. Fakhai MD

Ternyata kata-kata di atas ini ada benarnya. Saya cuba mendalami maksud kata-kata ini. Terkedu sebentar. Saya seringkali tidak yakin pada diri sendiri. Sering merasa takut dan lemah. Namun, saya kuatkan tekad kerana bila lagi hendak meluahkan apa yang tersimpan dalam hati? Orang yang gemar bermain dengan kata-kata ini sebenarnya hatinya cukup halus. Kerana lahirnya butir-butir bicara ini adalah daripada hati dan lahirnya penulisan itu juga daripada hati. 

Usai menghantar sebuah cerpen karya imaginasi minda yang tidak seberapa. Hanya menunggu disunting dan dikemaskini. Syukur satu beban telah hilang. Benarlah, apabila kita mula leka menulis, kita akan menjadi ketagih untuk menulis lagi dan idea akan datang mencurah-curah. Namun, sakitnya apabila tiba satu saat fikiran seolah-olah kosong. Tiada sebarang aksara bermain di ruang legar kepala. Ah! Masalah besar buat sang penulis! Dan masalah besar juga apabila tidak tahu kronologi cerita. Ayat di tengah cerita sepatutnya menjadi ayat permulaan, ayat akhir sepatutnya menjadi pertengahan cerita. Gasaklah masa itu!! Itu yang saya alami. Tetapi, itulah pengalaman. Bermula daripada susah, akan menjadi senang. Moga dipermudahkan urusan yang lain nanti..


p/s: Tak sabar hendak membaca karya rakan-rakan yang lain... Kita di bawah satu bumbung yang sama. Moga tinta itu memberi manfaat kepada seluruh manusia yang membacanya. Amin..

" Kerana setitis tinta itu mampu mengubah manusia sejagat"


Noktah,
nhmy1303

No comments: