Sunday, 12 June 2011

Berubah, Diubah...


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...



hakmilik : google

Semua manusia inginkan perubahan. Perubahan daripada jahat kepada baik. Daripada yang baik kepada yang lebih baik. Saya juga begitu..Saya ingin berubah ke arah kebaikan dan menjadi manusia yang lebih baik..Terlalu banyak rasanya khilaf yang dilakukan. Saya mula sedar bahawa hidup ini bukanlah lama. Dan kehidupan di dunia yang saya perolehi selama saya hidup lebih kurang 22 tahun ini adalah pinjaman daripada Allah Taala. Namun, ternyata saya lupa. 

Saya lupa bahawa Allah itu sentiasa bersama saya. Betapa saya banyak hanyut selama saya hidup di dunia ini.. Malu rasanya padaMu Ya Allah. Namun saya yakin, pintu itu sentiasa terbuka. Pintu untuk kembali ke dunia yang sebenarnya, selepas saya telah tersalah memilih jalan sebelum ini.. Cuti ini saya banyak menghabiskan masa untuk berfikir..Merenung dan bermuhasabah diri. Walau hanya sedetik cuma. Namun, saya mencuba.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.. Kuatkan hambaMu ini. Jauhkan diri ini daripada segala godaan dan cubaan. HambaMu ini sedar akan kekhilafan pada masa lalu.. Bangkitlah kembali jiwa yang kian lemah ini. Jauhkan hambaMu ini daripada maksiat. Daripada kehidupan dunia yang penuh penipuan.. Kehidupan dunia yang penuh dengan teka-teki. Kehidupan dunia yang penuh dengan lumpur dan dosa. Ampuni hambaMu ini Ya Allah. Hanya kepadaMu hambaMu ini berserah...Amin Ya Rabbal alamin..

Perubahan memang mengambil masa. Bila tiba masa itu, kita akan terima. Sabar. Masa itu akan tiba jua.(Kata-kata seorang blogger)


pen off,
nhmy1303

No comments: