Monday, 20 June 2011

Mencuba...

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...
 
Hari pertama menjejak kaki kembali ke sini merupakan sesuatu yang saya tunggu-tunggu. Menunggu masa untuk menebus kembali segala penyesalan masa lalu bukanlah sesuatu yang mudah. Tiga minggu diri bertapa di teratak itu sudah membuatkan saya cukup memuhasabah diri. Namun, dengan segala kekurangan yang ada, semua itu masih belum mencukupi buat saya. Hari pertama juga diri menjadi nekad untuk melakukan sesuatu yang biar tiada siapa pun yang dapat mengetahuinya. Saya masih mencuba sedaya upaya. Kekecewaan masa lalu telah membuatkan saya kembali sedar. Kerana hidup ini hanyalah singkat cuma. Terlalu banyak yang telah ditinggalkan pada masa lalu.. Moga sinar itu menjelma, biarpun pahit itu seharusnya saya telan dahulu sebelum bertemu dengan erti kemanisan...Bantulah hambaMu yang lemah ini Ya Allah...

p/s: kesibukan di hari pendaftaran pelatih baru....penat namun gembira. menemui sesuatu....kerisauan itu pudar sedikit demi sedikit...Terima Kasih Ya Allah...

No comments: