Ya Allah
kasihanilah hambaMu ini..
Jangan Kau uji dengan masalah ini lagi..
Yang berlalu biarlah berlalu Ya Allah..
Ya Allah
Aku hamba yang lemah
Maka hanya Engkau yang mampu menguatkan kembali
Ya Allah,
bantulah hambaMu ini untuk tinggalkan dan lupakan segalanya..
Sesungguhnya aku buntu saat ini..
Ya Allah,
lenyapkanlah semuanya..
semua perkara yang hambaMu ini pendam hampir 3 tahun yang lalu
Ya Allah,
berikanlah aku kekuatan untuk menerima
qada' dan qadarMu
agar aku tidak lagi berterusan untuk berduka..
Ya Allah,
izinkan aku kembali kepadaMu..
dan melupakan perihal itu untuk selamanya..
Ya Allah
peluk eratlah hati ini
agar aku tidak lagi mengejar cinta manusia..
Ya Allah..permudahkan urusan ini...
Amin Ya Rabbal Alamin...
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Thursday, 29 March 2012
Wednesday, 28 March 2012
Saturday, 24 March 2012
Kutinggalkan segalanya..
Terlalu BANYAK
dan aku terlalu berharap
pengorbanan ini terbalas walau SEDIKIT..
Segalanya kini telah tiada
Aku sedang berusaha sekuat mungkin
Pergi membawa diri
Juga bersama hati
Hati nan satu
Hati yang dipenuhi noda dan titik hitam
Aku berharap selamanya tidak kembali
Dalam tempoh untuk pergi ini..
Amin...
Terlalu BANYAK
dan aku terlalu berharap
pengorbanan ini terbalas walau SEDIKIT..
Segalanya kini telah tiada
Aku sedang berusaha sekuat mungkin
Pergi membawa diri
Juga bersama hati
Hati nan satu
Hati yang dipenuhi noda dan titik hitam
Aku berharap selamanya tidak kembali
Dalam tempoh untuk pergi ini..
Amin...
Friday, 23 March 2012
"Kita apabila membincangkan bab munakahat, laju sahaja. Bab feqah dan lain-lain?"
Itu ayat aku semalam sementara sedang sibuk membuat persiapan untuk diselia..
Aku sendiri terkedu selepas mengeluarkan kata-kata tersebut.
Spontan!
Mula terasa seram sejuk..
Sesungguhnya masih banyak perkara yang tidak aku ketahui..
Allahu Rabbi
Malunya aku...
Itu ayat aku semalam sementara sedang sibuk membuat persiapan untuk diselia..
Aku sendiri terkedu selepas mengeluarkan kata-kata tersebut.
Spontan!
Mula terasa seram sejuk..
Sesungguhnya masih banyak perkara yang tidak aku ketahui..
Allahu Rabbi
Malunya aku...
Thursday, 22 March 2012
Setiap nasihat,kata-kata yang kita post,semuanya akan diujiNya,untuk menilai sejauh mana amal kita terhadap apa yang kita katakan!
Terkedu aku apabila membaca tweet ini sebentar tadi..
Kata-kata ini tiada salah dan celanya..
Allah..
Allahuakbar...!
Ya Allah, bagaimanakah caranya untuk aku istiqamah untuk semua ini?
Berikanlah aku kekuatanMu Ya Rabb
Aku terlalu berharap akan perubahan walau sedikit..
Biar sedikit namun istiqamah..
Ya Allah, aku rindukan tarbiahMu
Aku rindukan pengisian masa lalu
Aku rindukan ketenangan di rumahMu.
Namun semua itu seperti tiada dalam diri aku..
Ya Allah, sehelai jubah putih itu mengingatkan aku kepadaMu
Dia telah sedarkan aku tentang banyak perkara..
Tetapi, aku terlalu sukar untuk berubah.
Keraskah hati ini Ya Allah
Atau hati ini telah diliputi titik-titik hitam?
Yang tiada peluang untuk dicuci kembali.
Ya Allah, kumohon petunjukMu..
Aku tahu apa yang telah aku lakukan..
Dosanya terlalu banyak
Namun tidak aku pinta akan hal sebegitu
Wahai diri, jagalah hatimu sebaiknya.=(
Sesungguhnya aku takut Ya Allah...
=(
=(
=(
=(
Wednesday, 21 March 2012
Kerana hanya hamba yang tertentu sahaja dipilih oleh Allah untuk merasai nikmat ujianNya
dan aku adalah salah satu daripadanya..
Seminggu ini hanya Allah yang tahu
Lepas satu, satu Allah berikan nikmat ini
Namun aku bersyukur..
Lama mata ini kering dek airmata
Airmata mengenang dosa-dosa lalu..
Aku terima segala bentuk ujian daripada Allah
sebagai landasan untuk aku berubah
berubah dari sehari ke sehari
Walau aku sendiri penat..
Ya Allah, kuatkanlah aku ini.. Langsung aku tidak menyangka akan perihal itu.. Aku mengalah lagi kali ini Ya Allah kerana itulah jalan yang paling baik...Amin
dan aku adalah salah satu daripadanya..
Seminggu ini hanya Allah yang tahu
Lepas satu, satu Allah berikan nikmat ini
Namun aku bersyukur..
Lama mata ini kering dek airmata
Airmata mengenang dosa-dosa lalu..
Aku terima segala bentuk ujian daripada Allah
sebagai landasan untuk aku berubah
berubah dari sehari ke sehari
Walau aku sendiri penat..
Ya Allah, kuatkanlah aku ini.. Langsung aku tidak menyangka akan perihal itu.. Aku mengalah lagi kali ini Ya Allah kerana itulah jalan yang paling baik...Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)