Wednesday, 30 November 2011

Terasa amat rugi
Kerana aku baru hendak bermula
Mereka yang lain sudah pecut berlari
Aku masih dalam fasa untuk belajar merangkak

Terlalu banyak yang aku tak tahu

Menangis dalam hati..
Tiba-tiba ada rasa hendak berputus asa meninggalkan medan penulisan...
=(
=(
Merangka untuk perjumpaan tahun hadapan
Sesak juga kukira
Konsep, tema, makanan dan bajet..
Bila perjumpaan pertama hendak dimulakan.
Tempatnya dimana
Berapa orang

Ahaaaaii...
Terlantar kaku...!
Aku hanya bangun untuk solat dan menjamah makan
Namun serasa makanan itu ingin diluahkan kembali.
Kepala teramat berat
Badan lemah umpama hilang segalanya.


Lama aku berfikir kenapa keadaan hari ini..
Masa hanya dihabiskan dengan tidur.
Demamku menjadi-jadi kukira..
Tuhan....kuatkan aku hari demi hari
Walau sedikit cuma
Aku redha.


Terima kasih atas sedikit tenaga ini
Walau sedikit aku bersyukur...

Tuesday, 29 November 2011

Bersilih ganti..
Aku semakin tidak mengerti.
Di sana lain, di sini lain

Moga kesannya ada nanti
dan moga kelegaan itu ada kelak..

Aku semakin penat untuk menerima apa-apa jua bentuk ubat.
Aku meletakkan sepenuhnya penyembuhan ini padaMu Ya Allah
Kerana Engkau yang menyembuhkan dan mendatangkan sesuatu penyakit
Amin

Apa Saya Sedang Buat??

MASTER BAHASA MELAYU (TANPA TESIS)PDFPrintE-mail
PROGRAM MASTER TANPA TESIS
Program: Master Bahasa Melayu
Pengenalan
Program ini bertujuan untuk menyediakan calon dengan pengetahuan teori dan amali yang relevan dalam bidang bahasa Melayu. Dalam program ini, calon akan didedahkan dengan perkembangan terkini dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Sasaran program ini ialah kakitangan awam dan swasta yang berkaitan untuk menjadikan mereka tenaga pakar dalam bidang bahasa Melayu.
Syarat Kemasukan
  • Calon mestilah mempunyai Ijazah Bacelor Kelas Kedua Tinggi atau memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.750 dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu (Major atau Minor) .
  • Bagi calon yang memperoleh PNGK di bawah 2.750 atau setara, permohonan kemasukannya akan diteliti berdasarkan pengalaman kerja (sekurang-kurangnya 1 tahun), dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu.
  • Bagi calon yang tidak memiliki mana-mana kelayakan Major atau Minor dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu tetapi memperoleh PNGK 3.000 boleh dipertimbangkan masuk secara bersyarat dan hendaklah mengambil dan lulus tiga kursus persediaan dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu dengan sekurang-kurangnya mendapat gred B+ untuk setiap kursus tersebut pada semester pertama.
Semester Penawaran Program
Semester Pertama dan Kedua.
Keperluan Program
a. Keperluan Kredit
Calon yang mengikuti pengajian ini perlu menyempurnakan 40 kredit untuk bergraduat. Jumlah jam kredit ini merangkumi kursus wajib, kursus elektif, dan projek penyelidikan, seperti yang berikut:


Kursus Wajib    21 kredit 
Kursus Elektif 12 kredit
Projek Penyelidikan   6 kredit
Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit
Jumlah 40 kredit



Senarai Kursus 
i. Kursus Wajib (21 kredit)

Kod Kursus
Nama Kursus  Kredit Status
BBM5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan Persejarahan     3 kredit (YW) 
BBM5103 Perancangan Bahasa 3 kredit (YW) 
BBM5201Pembangunan Bahasa Melayu  3 kredit (YW) 
BBM5202 Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu 3 kredit (YW) 
BBM5203Sosiolinguistik Lanjutan 3 kredit (YW) 
BBM5204Psikolinguistik Lanjutan 3 kredit (YW) 
BBM5205Semantik Bahasa Melayu 3 kredit (YW) 


ii. Kursus Elektif (12 kredit) 




Kod Kursus
Nama Kursus  Kredit Status
BBM5101Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu  3 kredit  (ELF)
BBM5401Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa 3 kredit  (ELF)
BBM5402Analisis Bezaan dan Kesilapan 3 kredit  (ELF)
BBM5502 Isu dan Permasalahan Bahasa Melayu 3 kredit  (ELF)
BBM5600Seminar Bahasa Melayu 3 kredit  (ELF)


iii. Kursus Persediaan (10 kredit)



Kod Kursus
Nama Kursus  Kredit 
BBM3201Pengantar Linguistik Am3 kredit
BBM3203Tatabahasa Melayu4 kredit 
BBM3205Pengantar Psikolinguistik3 kreditatau
BBM3105 Falsafah Bahasa Melayu
 
Sinopsis Kursus  
b. Keperluan Lain
i. Projek Penyelidikan

FBK5989 Projek Penyelidikan 6 kredit 
FBK5600 Seminar Projek Penyelidikan Master 1 kredit 

Yuran Pengajian

Yuran Asas  
Semester pertamaRM 1,400.00  
Semester kedua dan berikutnyaRM 1,150.00 


Pelajar antarabangsa perlu membayar yuran tambahan RM 1,000 bagi setiap semester.


Maklumat Lanjut
Sila hubungi:

Seksyen Siswazah dan Pengantarabangsaan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
Tel: 603-89468702
Email:
usp@fbmk.upm.edu.my
atau
Penyelaras Program Siswazah Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Malaysia
u.p : Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif

Tel: 603-89468746
Email:
amusanif@fbmk.upm.edu.my
Last Updated ( Monday, 18 April 2011 )


Diambil daripada sini:http://www.fbmk.upm.edu.my/siswazah/v3/content/view/13/32/lang,eng/

Masih terlalu awalkan untuk memikirkan semua ini? Entah panjang atau tidak umurku untuk menggenggam Master?

Erti Sebuah Pengalaman


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Nah, tidak semena-mena ilham menulis datang. Benar kataku. Idea datang pada penulis tidak sama.Siapa sangka kala waktu hujan lebat diselang-seli dengan guruh serta kilat. Kala aku sedang bertarung dengan sakitku yang tidak pernah surut-surut selepas pulang dari Ipoh Ahad lalu. Seksa juga kukira. 

Aku tinggalkan banyak perkara. Terlalu banyak dan terlalu lama pula.Pembacaanku banyak yang terhenti. Masih banyak buku-buku yang tersusun rapi belum kusentuh. Dek persediaan untuk Malam Gala Nostalgia. Kemudian bertembung pula dengan minggu peperiksaan (Ah, derita aku memikirkan perihal peperiksaan) dan usai itu Pertandingan Forum menanti.

Kurang tidur yang nyenyak, kurang juga rehatnya. Hendak tidur pun masih sempat berfikir masalah. Bangun pula menyambung kembali berfikir. Telefon apatah lagi. Tidak berhenti berdering. Serasa mahu sahaja kucampak jauh.

Namun, siapa sangka, disebalik kesibukan aku itu. Allah kurniakan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dibeli dimana-mana. Yakni pengalaman. Terlalu banyak dan teramat membantu. Namun, untuk mencari sebuah pengalaman itu, liku-likunya terlalu banyak. Hanya aku sendiri tahu apa. Selautan terima kasih kepada mereka. Mereka yang selalu berada dibelakangku tidak kira masa

Syukur padaMu Ya Allah. Kini tangan kembali ligat dan otak sedang berfungsi dengan baiknya. Tetapi tidak mudah. Sampai saatnya, otak kembali beku. Tangan pula menjadi kaku. Saat itu peritnya hanya Allah yang tahu buat penulis amatur sepertiku.

Kembali menyambung pembacaan. Moga Allah permudahkan..
Amin..
Kepala sudah ligat berfikir tentang tempat 'posting'
Aha sudah tidak sabar nampaknya
Tetapi perasaan takut itu tetap ada
Dekat bawah ni merupakan negeri yang teringin sangat untuk dipostingkan

  • Sabah
  • Sarawak
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Putrajaya
Teringin sangat-sangat untuk terbang ke negeri di bawah bayu atau Sarawak. Tapi belum tahu rezekinya di mana. Doa banyak-banyak moga Allah permudahkan urusanku. Amin
Cuti-cuti ini ada kalanya aku isikan dengan memasak
Menajamkan kemahiran lagi yang sememangnya tumpul
Bila ada sahaja makanan yang terasa nak makan
Aku akan cuba
Walaupun daku memanglah tidak pandai memasak
Selalunya alhamdulillah tekak boleh terima


Tetapi, semuanya lebih kepada makanan barat
Entah mengapa
Walaupun tekak ni tekak orang Melayu
Masaknya kebanyakannya masakan barat


Kalau cuba masakan Melayu pun pasti akan diubahsuai menjadi masakan barat
Alahai wani...
Soothing ears...
Currently listening to nasyeed songs in my favourite list
Like usual
While it was raining outside
And the night is getting dark
I already feel sleepy
But still cant close my eyes
There's something on my mind
Is it supposed to end like this?
Or do I need to keep it?
Another a year..
Then graduate..!

Monday, 28 November 2011

Manusia tidak akan terlepas daripada rasa futur
Termasuk manusia bernama aku..
Seringkali putus asa tiba saat aku berada di alam kebangkitan
Namun kuasa Allah Taala
Ujian ditanganNya bukan?
Jadi tidak mengapa andai ditarik balik semua rasa semangat itu

Cuma aku berdoa
Agar futur itu tidak terus menyelubungi hidup aku
Supaya aku terus boleh bangun menjadi hambaNya yang berilmu
juga beriman
Supaya aku boleh terus-terusan melawan semua sakit yang ada padaku

Kerana aku yakin seyakinnya
Percaya dan terus percaya
Allah itu sayangkan hambaNya
Senantiasa
Cuma kita sebagai manusia yang dilimpahi dengan rahmatNya
Terlupa untuk ada rasa sayang padaNya
Juga pada kekasihNya Nabi Muhammad SAW