tak tahu kenapa
mengharap perkara lain
perkara lain yang datang...
kesepian ini berjayakah?
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” [13:39]
Thursday, 8 September 2011
Tuesday, 6 September 2011
Usah Menangis
"Usah ditangisi kehilangan MATAHARI,
kerana kelak kita dihadiahkan PELANGI yang indah."
(Puan Norehan Muhamamd, IPG KI)
=)
Monday, 5 September 2011
Gadis Melayu Ganjil?
-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)
p/s : maka beruntunglah menjadi golongan yang ganjil.. =) =)
sumber : tumblr
Jika Bukan Di Dunia, Mungkinkah Di Syurga?
sumber : google
Jika seorang perempuan pernah mempunyai dua suami di dunia,
ia akan memilih salah satu dari keduanya di syurga.
Jika seorang perempuan tidak menikah di dunia,
Allah akan menikahkanya dengan orang yang disukainya di syurga.
sumber : tumblr
Ada Waktu Untuk Beribadah, Ada Waktu Untuk Dunia
Rasa malu.
Malu pada diri sendiri, malah lebih malu kepada Allah.
Kenapa?Sebab aku malas.
Dan aku sungguh sungguh cemburu dengan orang yang baik.
Bagaimana mahu jadi seperti mereka?
Imannya bagaikan tidak terkacau biarpun mereka berseorangan.
Mungkin kerana aku berseorangan.
Adakah aku ini munafik?
Melakukan amalan yang banyak ketika ramai orang, dan mengurangkan amalanku apabila aku berseorangan?
Dan aku teringat kisah Hanzalah bertanya kepada Rasulullah,
sumber : AkuIslam“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.Saidina Abu Bakar terkejut.“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.Hati mereka gementar.Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”Rasulullah bertanya. “Kenapa?”“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”Rasulullah tersenyum.Lantas baginda bersabda,“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim
bergetar hebat seluruh atmaku kini...Allahuakbar...
noktah,
nhmy1303.
Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak
Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,
Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.
Jawapan ini telah merungkai pertanyaan saya saban hari.. Bukan saban hari. Namun bertahun-tahun lamanya. terima kasih Ya Allah. Moga Engkau mengisi jiwa ini dengan rasa cinta padaMu... amin..Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.
sumber : AkuIslam
p/s:
- bukan mudah hendak menjadi manusia yang baik walau dikelilingi dengan manusia yang baik-baik.. =)
noktah,
nhmy1303.
Sunday, 4 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
