Tuesday, 6 March 2012

Allah...
Sudah terhantuk baru sakit rasanya
Namun aku tak mampu untuk mengawal..

Ya Allah,ampuni hambaMu ini.. =(

Monday, 5 March 2012

Perkara yang PERLU dikawal dan dijaga ialah pergaulan antara lelaki dan wanita
Memang aku takut sangat-sangat akan hal itu..
Dan aku kerap kali sedar
Tetapi, seringkali aku ulang perkara yang sama

Ya Allah, andai sahaja Engkau menarik kembali semua rasa ketakutan ini
Pasti aku akan terus-terusan hanyut
Namun, syukur..
Syukur apabila Engkau kurniakan aku insan-insan yang teramat memahami
Jika aku melebih-lebih, pastinya mereka sendiri yang akan cuba menghalanginya dan cuba menjaga kembali.

Allahuakbar..!!
Terkadang kita sendiri tak sedar
Pekara yang kita pernah tegur orang satu ketika dahulu
Akan berbalik kepada diri kita sendiri..
Dan mungkin, apabila berlaku perkara tersebut, kita sendiri tak sedar
Tetapi hakikatnya, insan yang pernah ditegur akan sentiasa sedar akan perihal itu..

Mujur Allah beri kesempatan
Moga sama-sama kembali pada jalanNya..

Aku ingin perlahan-lahan mencuba..
Walau aku tahu kesukarannya terlalu banyak
Tapi segalanya kuserahkan kepada Allah Taala
Kerana hanya Dia yang layak untuk menilai hati-hati manusia..
Menerima perkhabaran gembira pagi ini
Apa lagi yang mampu aku lafazkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga?

Hampir menangis aku saat itu.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Ya Allah,berilah kemudahan dan keberkatan kepada insan itu..
Seiringkanlah amalnya dengan perubahan yang berlaku..
Moga engkau istiqamah pada jalanNya..

Moga apa yang berlaku ini membawa 1000 perubahan dalam hidupmu..
Mabruk!!
Perjalanan itu semakin lama semakin sukar
Aku sendiri semakin lama semakin tidak mampu

Persoalan itu tidak terungkap untuk insan itu
Untuk apa sebenarnya?
Dan mengapa?
Aku buntu saat ini

Kerap kali berfikir hingga terkadang hampir putus harapan
Harapan hanya tinggal harapan
Aku tak mahu itu..


*Alhamdulillah, pada setiap ujiann yang Allah turunkan tidak pernah lunturkan semangat aku ketika berpraktikum. Kembali kepada Allah, itulah jalannya.. Ya Allah, permudahkanlah setiap urusanku kelak. Aku hanya berlindung di bawah naunganMu.. Aku juga bergantung hidup dan mati hanya padaMu.. Berilah petunjuknya kelak..Amin..

Sunday, 4 March 2012

Hujung minggu tanpa facebook
Aku nak cuba itu
Sekarang perlukan kekuatan untuk istiqamah..!!

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan itu..
Amin
Alhamdulillah..
Satu perkataan yang mampu terbit dari hati
Hujung minggu penuh dengan tarbiyah
Melihat kehidupan di bumi Allah
Allah sentiasa memberi tarbiyah buat jiwa hambaNya
yang sentiasa dahagakan peringatan.

Terima kasih Ya Allah...

Friday, 2 March 2012

Hari ini Allah hantarkan 3 orang insan yang rapat ke dalam hidupku
Yang kembali meniupkan semangatku yang hampir terkubur..
Allah Maha Adil..

Terima kasih Ya Allah.. Semoga mereka sentiasa dilindungi olehMu..

Thursday, 1 March 2012

Tenangkah aku dalam menerima berita itu..?
Terpempan aku pada pengakuan itu..
Aku GANAR

Hati kembali berkecamuk
Sebahagian mengatakan aku perlu pergi
Namun rasionalnya aku perlu tunggu
dan aku ingin tunggu

* Mac kembali... Bakal membuat keputusan yang paling sukar...

Tuesday, 28 February 2012

I'd that chance, but i didnt use it..
why? because im trying to keep that feeling..
that deep feeling..
Allah knows...

(Ya Allah, petunjuk itu sudah sampai kah?)

=(