Monday, 21 November 2011

Antologi Pertama

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiada kata-kata yang mampu memberi gambaran kepada perasaanku saat ini. Terharu, hiba dan gembira semuanya bercampur sekali. Usaha selama ini telah membuahkan hasil. Telah diceritakan kisahnya pada bingkisan yang lalu. Alhamdulillah telah mempunyai antologi sendiri bersama rakan-rakan dan junior-junior yang lain. Antologi yang berjudul Kelongsong Ketupat ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang telah diadakan beberapa bulan yang lalu. Akhirnya mimpi jadi kenyataan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Fathul Khair kerana telah mengajak untuk turut sama menimba ilmu. Terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada Puan Norehan yang banyak membimbing sepanjang bengkel dijalankan sehingga terbitnya antologi ini.


Muka hadapan cerpen. Kredit untuk Fathul dan Ammar

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada :

Ketua Editor :
Puan Norehan bt Muhamad

Editor:
Puan Norainah bt Mohd Saleh
Nur'Azah bt Ahmad@ Zakaria
Puan Normah bt Kamarodzan
Encik Shamsuddin bin Abu Bakar
(Jabatan Pengajian Melayu)

Illustrasi:
Ammar bin Ahmed 
(PISMP J17)

Gambar:
Muhammad Syamsuri bin Omar
(PISMP J3)

Judul :
Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan
(PISMP J3)

Para penulis :
Siti Fatimah Said, Mohd Fathul Khair b Mohd Dahlan, Muhammad Najib bin  Hassan Basri, Mohamad Saffwan bin Mustaffa, Muhammad Nur Hasif bin Padzil, Mohamad Asrie Asmaroul bin Roslan, Sanisha a/p Bogaraja, Muhammad Ajwad bin Mohd Shuhaimi, Farhah Syahirah bt Sahudi, Muhammad Firdaus bin Jamaluddin, Fatimah Azzahra bt Mohamed Sharif, Siti Nur 'Afiqah bt Maelah, Mohd Firdaus bin Abdullah, Ali Husni bin Azahari, Rohaniza bt Wahab, Muhammad Syamsuri bin Omar, Puan Salmah bt Yazid, Puan Hayati bt Mat Desa, Puan Mizlinah bt Satim, Puan Norehan bt Muhamad dan Noor Haszwani bt Mohd Yusoff.


Semoga antologi pertama ini menjadi titik tolak untuk meneruskan penulisan pada masa hadapan. Menulis bukan kerana nama, tetapi menulislah kerana ingin menebarkan ilmu dan pengajaran kepada semua. =)

Alhamdulillah.. hari pertama bercuti.
Cuti yang disambut dengan asma dan demam.
Allah..

Moga perancanganku berjalan dengan izin Allah Taala
Bercuti, selain untuk merehatkan diri, mindaku juga harus bergerak
Aku ingin kembali menulis.
Ada sesuatu dalam benak mindaku kini
Entah jadi atau tidak..

Belum berkesempatan bertanya tentang ibunya
Kali terakhir adalah Sabtu malam yang lalu
Namun tiada respon
Moga cepat sembuh ibu anda, dik
Dan kegembiraan kembali mewarnai hidupmu
Akak sentiasa doakan...

Sunday, 20 November 2011

Ingin kembali menyepi seketika
Menutupi kembali rongga-rongga hati yang penuh dosa
Selemah-lemah aku, ingin saja berlari
Biar seorang diri asalkan hilang segala resah dalam nubari

Muhasabah diri, mencari makna sebenar diri.
Teratak bonda menanti di sana..
Aku menunggu dengan penuh sabar untuk pulang
Dek bebanan kerja yang menggunung
Terpaksa melupakan seketika kampung halaman
Alhamdulillah bakal selesai...

Perancangan :

  • Novel
  • Cerpen
  • Kertas kerja (Rujuk Seeza)
  • Pertandingan nasyid (Rujuk Ammar)
  • Reunion (Rujuk Seeza)
  • Bengkel penulisan cerpen islamik (Rujuk Fathul)
Mencuba untuk mengurangkan rasa risau yang membuak-buak
Aku bimbang kerisauan ini terbawa-bawa
Hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja
Kerana aku tidak mampu lagi untuk menanggungnya seperti masa lalu

Saturday, 19 November 2011

Im waiting for that moment..
Too many thing to do
Do make everything easy Ya Allah..
rindukan adik-adik!
teramat...!
rindukan mama abah
tersangat..!
rindukan eiliyah...

Moga segalanya berada dalam lindunganMu Ya Allah
PERTANDINGAN FORUM IPG PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Selamat berjaya diucapkan kepada para peserta forum IPG Kampus Ipoh. Moga Allah permudahkan urusan kalian..

- Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan
- Ammar bin Ahmed
- Zulhafisyam bin Zulkifli
- Nur Farahin bt. Zainal Abidin
- Nur Wahida bt. Mohamad Redzuan.


p/s: 
  • pengalaman yang cukup bermakna menguruskan forum. Walau tiap lelahku tidak terkira banyaknya. Namun kesusahan itu merupakan satu bentuk pengalaman yang membuatkan aku banyak berfikir. Terima kasih Allah. Terima kasih buat pensyarah yang mempercayai kerjaku yang tidak seberapa. Terima kasih kawan-kawan yang banyak membantu. =)
  • Moga cepat sembuh..



Thursday, 17 November 2011

Kepada Siti Azlin Iris
Terima kasih untuk segala suka..
Terima kasih atas pinjaman telinga untuk setiap masalah..
Terlalu hargainya walau tidak terluah pada budi bicara.
Moga Allah membalas kembali segala kebaikanmu..
=)
Teman setiaku kini hanyalah bait-bait tinta
Bersamanya aku meluah segala duka.
Memendam rasa yang orang lain tidak tahu
Aku yakin dengan pertolongan Allah SWT

Masa, berlalulah dengan pantas.
Aku ingin kembali sendirian...