Tuesday, 15 November 2011

Belum sempat menjengah ruangan ini
Dek kesibukan yang melampau
Berperang dengan medan peperiksaan jua pertandingan forum
Alhamdulillah usai Malam Gala tempohari.
Syukur dengan banyak komen yang baik dan membina..

Seterusnya
- Pertandingan Forum Peringkat Kebangsaan...
- Bercuti dan meneruskan kembali bidang penulisan yang lama tertunggak.
- Meneruskan misi pembacaan
- Bengkel penulisan skrip.. Tersangat ingin ke sana...

Thursday, 10 November 2011

Kata-kata itu membuat aku tersentak
Lama aku berfikir
Kerana jawapan itulah yang aku cari selama ini.
Tidak layak untuk aku meminta yang lebih-lebih Ya Allah
kerana aku insan yang bergelumang dosa.
Namun syukur itu menjadi temanku kini..

=)
Kuserahkan segalanya pada Allah SWT
Kerana hanya Dia yang menentukan segalanya
Walau aku kini penat atas segala kerja
Namun kuyakin atas kekuatan yang Allah berikan. 

Moga segala pengalaman yang ditimba membantuku kelak..
Terima kasih Ya Allah...


Pergantungan hanya padaNya.. Kerana hanya Allah tempat pergantungan yang selayaknya...

Sunday, 6 November 2011

Terkikis, mengikis dan dikikis
Hingga semuanya habis terhakis..
Menunggu saat itu tiba
Tetapi tidak pasti bila..

Kukagumi dia.
Teramat..!
Mungkin ada kisah lalu yang menyebabkannya bertindak sebegitu
dan aku, mungkin akan jadi sebegitu nanti..
sudah kubaca artikel tentang perihal itu..
Ada jawapan yang kutemui disebalik pertanyaan yang kerap kali menghambat diri
Terima kasih Ya Allah..
=)
Takdir itu milik Allah
Tidak dicampakkan manusia selamanya dalam zulmat
Kerana pada pengakhirannya, didatangi cahaya yang bergemerlapan
menyinari jalan hidup dan nubari manusia
yang senantiasa menagih nur itu.
dan hidayah itu milik Allah..
Yakinlah... =)


Salam Aidiladha. Bersama hayati erti sebuah pengorbanan...
Rindu zaman sekolah...
Rindukan teman-teman
Itulah zaman kegemilangan
Itulah zaman mengenal erti persahabatan
Susah senang bersama
Suka duka juga bersama

Walau kini semuanya jauh di mata
Namun, tetap kekal dalam jiwa..
Kusimpan rasa itu sedalamnya.
Ya Allah, lindungi mereka dalam apa jua keadaan.

SKBS
SMKAI

Kerana kalian, aku berdiri di sini hingga kini..=)
Jangan serik melakukan kebaikan
Cuma jangan terlampau baik
Apa-apapun perlu sederhana sahaja..

(Kehilangan....pendengar dan penulis yang setia pada setiap masalah)

Saturday, 5 November 2011

Didatangi pertanyaan perihal itu bertubi-tubi..
Ingin kutepis umpama pahlawan gagah yang menepis serangan pihak lawan..
Letih dengan segala soalan itu..
Aku tak mampu untuk menjawab lagi.
Biar Allah tentukan segalanya
Kerana hanya Dia lebih tahu segalanya
tentang jodoh, ajal dan rezekiku.
I really love the smell of the baby..
Alhamdulillah.. Its all I can say
She is such a good baby..
Irees... =)

Friday, 4 November 2011

Festival Nasyid MAKUM 2011
Terlupa bila tarikhnya.
Namun baru usai pertandingan itu..
Perihal nasyid/segala bentuk pertandingan
Al-Qausar dalam ingatan
Kenangan hanya sempat diukir di UTP sempena Kembara Sufi
Tahun ini menyaksikan sedikit kejutan apabila mereka tidak menghantar penyertaan
untuk pertandingan di peringkat IPG.
Terkejut bukan kepalang. Namun segalanya terjawab mengapa.
Tak mengapa, mungkin tiada rezeki.
Teruskan perjuangan untuk masa akan datang.
Peluang itu banyak.Mencuba untuk mencari festival/pertandingan pada tahun hadapan.
Moga kali ini rezeki menyebelahi kalian. Jangan berputus asa.